Tuesday, January 24, 2017

HATI DAN PERASAAN - Chapter 2




'Ah macam ni rasanya apabila cintakan seseorang tetapi tak mampu untuk luahkan.' 

Selepas itu aku menghabiskan  makanan aku dan kemudian aku kembali ke bilik aku untuk berehat. Akhirnya aku sampai jugak di bilik aku ni, penat kot berjalan dengan membawa perasaan yang sedih ni lepas tu jalan pulak sorang-sorang, selalunya berjalan dengan Irene tapi diorang pergi ‘date’ pulak.

Selesai saja mandi, aku terus menghempaskan diri aku di atas katil kesayangan aku sambil melihat tweets yang menarik untuk aku retweet kembali. Dalam aku tengah leka bermain telefon, muncul pula panggilan daripada emak aku.

“Hello, ah rindunya dekat mak. Mak sihat ke?” Aku memulakan bicaraku, sesungguhnya aku sangat merindui emak aku, keluarga aku sebab dah 4 bulan aku tak balik rumah dan terperap saja di kamsis.

“Hi Sorn, mak pun rindu kamu juga. Mak sihat sayang. Sebenarnya ada benda yang mak nak sampaikan kepada kamu ni.” Tiba-tiba nada suara emakku menjadi serius.

“Macam serius je mak.”

“Sebenarnya petang tadi ada orang datang rumah, nak masuk meminang kau.”

“Nak masuk meminang Sorn? Mak ni, tau laa kita ni dah lama tak balik. Nanti kita balik dekat mak ye tapi jangan la buat lawak macam ni.” Aku memberitahu emakku sambil ketawa. Gilalah sapa pulak yang nak masung meminang aku ni, tak lawak la mak aku buat macam ni.

“Sorn, dengar sini ya. Benda-benda macam ni mak tak suka buat lawak dan kamu pula jangan anggap benda ni main-main. Mak nak kamu balik rumah minggu depan. Mak dengan ayah dah terima pinangan diorang dan minggu depan korang akan bertunang, muktamad.” Penerangan emakku membuatkan aku terkedu dan tidak mampu untuk membuat apa-apa.

“Tapi mak, So-”

“Takda tapi-tapi ya, ingat minggu depan balik sini.” Emakku memperingati aku untuk balik ke rumah pada minggu hadapan dan kemudian memutuskan panggilan tersebut. Apakah yang terjadi pada aku hari ni? Pagi tadi aku kena tinggal dengan Yuta dan Irene lepas tu sekarang emak aku pulak bagitau ada orang nak masuk meminang aku. Ah, serabut betul!


Esokknya aku pergi ke kelas seperti biasa dan aku nampak Yuta dan Irene sedang bermesra dari jauh tetapi aku kuatkan hati aku ni untuk menerima semua itu.

“Hi korang. Awal betul hari ni.” Aku menegur mereka lalu duduk di sebelah Yuta.

“Hi Sorn, ha’ah kitaorang datang awal hari ni. Eh Sorn, kenapa muka kau macam pucat je aku tengok.” Sorn menegur aku. Aik diorang datang berdua ke? Ok mungkin apa yang aku tengah fikir sekarang betul, ada sesuatu yang diorang cuba sembunyikan dari aku.

“Pucat? Takdaklah, aku ok ja.” Aku membalas pendek. Entah hari ni macam takda mood untuk bercakap, macam takdak semangat tetapi aku perasan yang Yuta tidak bercakap dengan aku. Kenapa dengan dia ni? Mungkin aku perlu menegur dulu.

“Yuta, macam mana wayang semalam? Best tak?” Aku bertanya kepada Yuta sambil memaparkan wajah yang ceria tetapi di hati ni sebaliknya.

“Best gila kot, kan Irene. Lagi best sebab kau takdak. Kalu kau ada, seriously tak best langsung.” Yuta memerli aku. Come on Yuta, aku tau kau memang tak suka perangai aku kan.

“Hmm, yela tu. Aku ni apa la sangatkan nak dibandingkan dengan Irene.” Aku membidas kata-katanya.

“Eh korang jangan la bergaduh. Kau ni Yuta jangan la kasar sangat dengan Sorn ni, kawan baik kau kot.” Kini giliran Irene pula berbicara untuk meredakan keadaan.

“Dah la, malas pulak aku nak layan Yuta ni. Aku gerak dulu Irene, jumpa nanti.” Aku meminta izin untuk mengundur diri dan berlalu dari situ. Malas la aku nak duduk situ dengan perangai Yuta yang nak layan tak layan ja aku ni.


Sementara itu ...


“Ha tengok sekarang, kau punya pasal laa Sorn marah. Kau ni sampai bila nak buat perangai macam tu?” Irene memarahi Yuta kerana sengaja cari gaduh dengan Sorn.

“Yuta, sampai bila kau nak rahsiakan benda ni?” Sambung Irene lagi.

“Biar dulu, sampai mana nanti dia akan tahu jugak. Weh, aku nak pergi library dulu. Mengantuk gila nih, semalam aku ja yang drive dan kau pulak kerja tidur ja kat sebelah.” Yuta membalas dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Irene keseorangan.





[bersambung ...]

3 comments: