'Ah macam ni rasanya apabila cintakan seseorang tetapi tak mampu untuk luahkan.'
Selepas itu aku menghabiskan makanan aku dan kemudian aku kembali ke bilik aku untuk berehat. Akhirnya
aku sampai jugak di bilik aku ni, penat kot berjalan dengan membawa perasaan
yang sedih ni lepas tu jalan pulak sorang-sorang, selalunya berjalan dengan
Irene tapi diorang pergi ‘date’ pulak.
Selesai saja mandi, aku terus menghempaskan diri aku di atas katil kesayangan aku sambil melihat tweets yang menarik untuk aku retweet kembali. Dalam aku tengah leka bermain telefon, muncul pula panggilan daripada emak aku.
“Nak masuk meminang Sorn? Mak ni, tau laa kita ni dah lama tak balik. Nanti kita balik dekat mak ye tapi jangan la buat lawak macam ni.” Aku memberitahu emakku sambil ketawa. Gilalah sapa pulak yang nak masung meminang aku ni, tak lawak la mak aku buat macam ni.
“Hi korang. Awal betul hari ni.” Aku menegur mereka lalu duduk di sebelah Yuta.
Selesai saja mandi, aku terus menghempaskan diri aku di atas katil kesayangan aku sambil melihat tweets yang menarik untuk aku retweet kembali. Dalam aku tengah leka bermain telefon, muncul pula panggilan daripada emak aku.
“Hello,
ah rindunya dekat mak. Mak sihat ke?” Aku memulakan bicaraku, sesungguhnya aku
sangat merindui emak aku, keluarga aku sebab dah 4 bulan aku tak balik rumah
dan terperap saja di kamsis.
“Hi
Sorn, mak pun rindu kamu juga. Mak sihat sayang. Sebenarnya ada benda yang mak
nak sampaikan kepada kamu ni.” Tiba-tiba nada suara emakku menjadi serius.
“Macam
serius je mak.”
“Sebenarnya
petang tadi ada orang datang rumah, nak masuk meminang kau.”
“Nak masuk meminang Sorn? Mak ni, tau laa kita ni dah lama tak balik. Nanti kita balik dekat mak ye tapi jangan la buat lawak macam ni.” Aku memberitahu emakku sambil ketawa. Gilalah sapa pulak yang nak masung meminang aku ni, tak lawak la mak aku buat macam ni.
“Sorn,
dengar sini ya. Benda-benda macam ni mak tak suka buat lawak dan kamu pula
jangan anggap benda ni main-main. Mak nak kamu balik rumah minggu depan. Mak
dengan ayah dah terima pinangan diorang dan minggu depan korang akan bertunang,
muktamad.” Penerangan emakku membuatkan aku terkedu dan tidak mampu untuk
membuat apa-apa.
“Tapi
mak, So-”
“Takda
tapi-tapi ya, ingat minggu depan balik sini.” Emakku memperingati aku untuk
balik ke rumah pada minggu hadapan dan kemudian memutuskan panggilan tersebut.
Apakah yang terjadi pada aku hari ni? Pagi tadi aku kena tinggal dengan Yuta
dan Irene lepas tu sekarang emak aku pulak bagitau ada orang nak masuk meminang
aku. Ah, serabut betul!
Esokknya
aku pergi ke kelas seperti biasa dan aku nampak Yuta dan Irene sedang bermesra
dari jauh tetapi aku kuatkan hati aku ni untuk menerima semua itu.
“Hi korang. Awal betul hari ni.” Aku menegur mereka lalu duduk di sebelah Yuta.
“Hi
Sorn, ha’ah kitaorang datang awal hari ni. Eh Sorn, kenapa muka kau macam pucat
je aku tengok.” Sorn menegur aku. Aik diorang datang berdua ke? Ok mungkin apa
yang aku tengah fikir sekarang betul, ada sesuatu yang diorang cuba sembunyikan
dari aku.
“Pucat?
Takdaklah, aku ok ja.” Aku membalas pendek. Entah hari ni macam takda mood
untuk bercakap, macam takdak semangat tetapi aku perasan yang Yuta tidak
bercakap dengan aku. Kenapa dengan dia ni? Mungkin aku perlu menegur dulu.
“Yuta,
macam mana wayang semalam? Best tak?” Aku bertanya kepada Yuta sambil
memaparkan wajah yang ceria tetapi di hati ni sebaliknya.
“Best
gila kot, kan Irene. Lagi best sebab kau takdak. Kalu kau ada, seriously tak
best langsung.” Yuta memerli aku. Come on Yuta, aku tau kau memang tak suka
perangai aku kan.
“Hmm,
yela tu. Aku ni apa la sangatkan nak dibandingkan dengan Irene.” Aku membidas
kata-katanya.
“Eh
korang jangan la bergaduh. Kau ni Yuta jangan la kasar sangat dengan Sorn ni,
kawan baik kau kot.” Kini giliran Irene pula berbicara untuk meredakan keadaan.
“Dah
la, malas pulak aku nak layan Yuta ni. Aku gerak dulu Irene, jumpa nanti.” Aku
meminta izin untuk mengundur diri dan berlalu dari situ. Malas la aku nak duduk
situ dengan perangai Yuta yang nak layan tak layan ja aku ni.
Sementara itu ...
“Ha
tengok sekarang, kau punya pasal laa Sorn marah. Kau ni sampai bila nak buat
perangai macam tu?” Irene memarahi Yuta kerana sengaja cari gaduh dengan Sorn.
“Yuta,
sampai bila kau nak rahsiakan benda ni?” Sambung Irene lagi.
“Biar
dulu, sampai mana nanti dia akan tahu jugak. Weh, aku nak pergi library dulu. Mengantuk
gila nih, semalam aku ja yang drive dan kau pulak kerja tidur ja kat sebelah.”
Yuta membalas dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Irene keseorangan.
[bersambung ...]