Assalamualaikum dan hi.
Mulanya, buat masa sekarang aku tengah cari kerja so kena laa print borang dan photostat ic semua tu. Memandang printer aku rosak, terpaksalaa keluar p Kangar pulak. Dalam masa yang sama, aku ni dulu tak p ambik sijil spm and now baru nak terhegeh-hegeh nak cari sebab kalau nak mintak kerja kan the main document yang depa nak adalah sijil spm (penting sangat).
So semalam aku dengan semangatnya download segala borang-borang permohonan kerja yang aku nak mintak dan lepas tu aku cari sikit maklumat tentang sijil spm ni; macam mana nak dapatkan sijil spm, sebab kalau nak p mintak kat sekolah mungkin depa dah pulangkan.
Cari punya cari aku baru tau tentang wang pos, hahaha teruk benor laa aku ni umur dah 22 tapi taktau apa benda wang pos tu. Lepas tu bukak satu blog ni, dia cerita pengalaman beli wang pos and bila dah habis baca baru aku tau, nak beli wang pos ni taklaa susah pun sebenarnya.
Pagi tadi, ayah aku nak keluar p tukar minyak kereta kak aku so aku ambik peluang ikut sekali. Banyak jugak tempa yang aku p, mula-mula stop dekat pejabat poslaju dulu sebab nak beli sampul pos ekspress. Pehh lega hati sebab tengok dari luar memang takdak orang lagi and aku pun keluar dari rumah dalam pukul 9 lebih kan. Bila masuk, aku terus senyum kat kerani tu and guess what, he's cute hahahahaha (mengada pulak).
Kat poslaju situ tak perlu ambik nombor pun, just beratur ja sebab pejabat kecik kan. Bila dah sampai kaunter, cakap kat dia 'Nak beli sampul pos ekspress' 'Size apa?' 'Yang size A4 tu. Nak 5 keping' Then dia p ambik lepas tu kena RM20 lebih-lebih ( aku takingat). So bayar and then cakap terima kasih lepas tu aku blah. Fuhh, lepas dah satu hal.
Lepas tu aku ajak ayah aku p kedai photostat pulak, kedai tu memang aku selalu p sebab pekerja depa mesra belaka, mau sombong aku takp dah. Mula-mula aku p print dulu kena RM5.50 lepas tu aku photostat sijil and beli klip kerta kena RM1.80 macam tu and now dah settle untuk dua hal.
Then aku ajak ayah aku p pejabat pos dekat Bukit Lagi, sebab yang tempat poslaju tadi takdak wangpos. Dalam perjalanan tu, ada pulak eksiden melibatkan sebuah bas dengan 4-5 buah kereta; kisahnya bas tu takdak brek then nak stopkan bas tu terpaksa langgar kereta-kereta yang parking di tepi jalan tu. Benda nak jadi kan nak buat macam mana, aku rasa bas tu mungkis dari Alor Setar sebab bas maraliner.
Bila sampai ja kat pejabat pos tu, aku pun masuk and beratur (sama jugak, takpakai nombor), lama jugak kat depa aku ada dalam 8 orang macam tu. Part ni memang tergelak dan agak letih la (well first time nak beli wang pos kan), bila sampai ja kat aku then aku cakap 'saya nak beli wang pos' 'dah isi borang?' 'borang? belum.' 'mintak isi borang dulu'. Peh, aku beratur lama jugak tadi tuptup sampai kaunter aku kena isi borang pulak hahaha, nak buat macam mana kan jadinya ambik ambik borang yang kena isi tu lepas tu aku ajak ayah aku p kat tempat nak tukar minyak tu.
Sampai sana, aku cari port kosong then duduk sensorang kat situ. Aku isi borang untuk wang pos tu lepas tu aku isi laa mana-mana borang permohonan kerja sementara tunggu ayah aku kan. Tengah dok isi borang untuk nak mintak sijil spm tu, ada kenyataan pulak yang ditulis 'salinan kad pengenalan diperlukan', masyaallah nak kena p photostat ic pulak dah.
Depan |
Belakang |
Bila dah siap pasal kereta, aku p balik kat pejabat pos Bukit Lagi tu, kena beratur pulak sekali lagi. Alhamdulillah kali ni berjalan lancar and kena bayar RM30.85 sebab kalau nak ambik sijil spm memang kena beli wang pos RM30. Dah settle pasal wang pos, kad pengenalan pulak nak kena photostat, ingat nak cari laa kedai berdekatan kan tapi takdak hahahaha sedih ooh.
Lepas tu putuskan nak p beli lauk-pauk untuk di rumah dulu then baru p kedai photostat. Bila dah sampai kedai tu aku p photostat ic then siapkan dokumen semua and masukkan dalam sampul pos ekspress. Last sekali, aku masukkan sampul tu dalam peti surat color kuning; letih weh ulang-alik hahaha tapi takpa aku jadikan sebagai pengalaman.
Moralnya, sebelum nak keluar tu pastikan semua benda tersedia, dan baca dulu apa-apa arahan yang ada pada mana-mana borang permohonan.
Sampai sini dulu aku menaip, next entri aku tulis pasal Goblin pulak (OMG, dah habis dah drama tu).
Sis dulu kalau apa2 dengan mak jer. G interview pun bawa mak jugak 😅
ReplyDeleteHaha kita sama jugak.
DeleteAnak yang rapat dengan ayah ni terbukti lebih pintar
ReplyDelete.
Sebab ikut kajian baik dengan mak akan bantu perkembangan emosi anak anak
.
Baik dengan ayah pula bantu dalam perkembangan IQ dan pergaulan dengan orang luar.
.
Alhamdulillah,
.
Allah swt jadikan kita saling memerlukan lelaki dan perempuan
Alhamdulillah :)
Deletebelaja pasal wang pos masa high school sbb rajin dok beli kad nama and name sticker yg cechantek tu. the other day kena beli jugak, rasa nostalgik pulak. murninya ayah redha ikot kehulu kehilir. if me mmg buat sendiri sajalah labu.
ReplyDeleteHahaha boleh ja buat sendiri but tkdak transport. Dah alang2 ayah nk keluar so join sekali hehe.
DeleteFuh. Den selalunya dah terbiasa buat benda sendiri ._. jadi independent terlebih pulak sekarang :')
ReplyDelete