Assalamualaikum and Hi.
1. A short and simple story.
2. Penulisan aku biasa saja, hanya sekadar bacaan di waktu lapang.
3. Maaf jika pembacaan hampa terganggu/ tidak menyenangkan kerana penulisan ini.
4. Enjoy reading.
Characters :
Sinbi
Sinbi
Moonbin
Chanwoo
Sinbi, Moonbin dan Chanwoo sudah berkawan sejak mereka berumur 5 tahun lagi. Kini masing-masing sudah besar dan mereka membawa haluan sendiri.
Sinbi dan Moonbin telah melanjutkan pelajar di universiti yang sama iaitu Universiti Star manakala Chanwoo pula telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara di Sydney.
Sewaktu persahabatan mereka ini terjalin, pada umur mereka belasan tahun Sinbi menyimpan perasaan kepada Moonbin dalam diam kerana takut persahabatan mereka terjejas jika dia meluahkan perasaan itu.
Perasaannya terkubur begitu sahaja.
Sewaktu di universiti, Moonbin adalah seorang pelajar yang popular di kalangan pelajar perempuan dan Sinbi hanyalah seorang gadis biasa yang selekeh bersama cermin mata besarnya.
Akan tetapi, perbezaan dia kehidupan mereka tidak lagi menjejaskan persahabatan mereka sehinggakan Nana seorang gadis yang cantik, pandai dan seksi muncul di universiti tersebut.
Semua pelajar lelaki tergilakan Nana termasuk Moonbin.
"Sinbi, aku balik lewat tau malam ni. Ada date."kata Nana sambil menyapukan eyeshadow ni kelopak matanya.
"Ok."balas Sinbi sepatah. Dia ingin bertanya siapakah gerangan lelaki yang bertuah itu kepada Nana tapi malas pula rasanya nak ambil tahu hal orang lain. Sinbi kemudian terus berlalu keluar dari biliknya menuju ke kafe kegemarannya untuk berjumpa dengan Moonbin.
Hanya beberapa langkah saja lagi untuk sampai ke kafe tersebut, handphone Sinbi berbunyi dan kemudian dia terus menjawab panggilan tersebut.
"Moon, aku dah nak sampai kafe ni. Kau dah sampai belum?"tanya Sinbi sambil matanya meliar mencari Moonbin.
"Weh sorry, aku tak boleh join kau la petang ni. Aku kena balik rumah la, sorry eh."balas Moonbin dengan sedikit bersalah.
"Lah, asal tak bagitau aku awal-awal?"tanya Sinbi kembali, sedikit kecewa. "Takpelah, aku lepak kat library la."sambung Sinbi.
Tak pasal-pasal Sinbi kena patah balik untuk ke perpustakaan untuk menyiapkan assignment group yang diberikan oleh Puan Yuju.
Sebaik tiba di perpustakaan, Sinbi mengambil tempat duduknya berdekata dengan tingkap kerana memudahkan dirinya untuk memandang pemandangan luar universiti tersebut.
Sedang Sinbi leka menyiapkan assignmentnya itu, tiba-tiba dia mendapat mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya.
From : 013-4XXXXXX
Hi Sinbi. Rindu kau la.
'Eh, sapa pulak yang rindu-rindu aku ni.'desis hatinya lalu mengendahkan mesej tersebut. Malas dia nak layan mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya kerana mungkin dipermainkan oleh seseorang.
Sekali lagi Sinbi dikejutkan dengan mesej yang diterimanya dari nombor yang tidak dikenalinya itu.
From : 013-4XXXXXX
Kau tak rindu aku ke, Bibi?
"Bibi? Setahu aku, hanya Chanwoo saja yang selalu panggil aku macam tu. Eh takkan Chanwoo kot, dia kat Sydney kot. Busy."gumam Sinbi dan kemudian membalas mesej tersebut.
To : 013-4XXXXXX
Kau ni sapa?
From : 013-4XXXXXX
Amboi, garangnya cik adik sorang ni.
Malas hendak melayan 'peminat'nya itu, Sinbi mula berkemas untuk pulang ke bilik untuk menyambung assignmentnya itu.
Sebelum kembali ke biliknya, Sinbi akan selalu singgah di kafe kegemaranya untuk membeli makanan kerana pada waktu malam dia malas untuk bersiap dan turun ke kafe tersebut.
Langkah Sinbi terhenti seketika dan alangkah terkejutnya apabila dia ternampak dua orang yang sangat dikenalinya duduk bersama di satu meja yang sama.
"Moonbin? Nana?"tanpa disedari, air matanya mengalir laju dipipinya. Takut di lihat Nana dan Moonbin, Sinbi kemudian berlalu dari situ dan kembali ke biliknya.
Sampai saja di biliknya, Sinbi terus menghubungi Moonbin "Moon, kau ada kat mana?"tanya Moonbin, ingin tahu jawapan yang keluar dari mulutnya.
"Aaa, aku ada kat rumah ni weh. Asal?"balas Moonbin bersahaja.
"Aaa, aku ada kat rumah ni weh. Asal?"balas Moonbin bersahaja.
"Oh, saja tanya, nak tahu kau dah sampai ke belum."balas Sinbi, tipu.
"Ok weh, aku ada hal ni. Bye."Moonbin menamatkan panggilan tersebut dan Sinbi pula berterusan menangis kerana ditipu oleh Moonbin.
Selepas beberapa minggu kejadian tersebut berlaku, Sinbi kini mula menjauhkan diri daripada Moonbin. Jika dia ternampak Moonbin pasti dia akan melarikan diri agar Moonbin tidak melihatnya.
Begitu juga panggilan dan mesej-mesej dari Moonbin yang dibiarkan tidakberjawab dan tidak berbalas.
Malas.
Sakit.
Tawar.
Pudar.
Kini, perasaan suka yang ada pada dirinya buat Moonbin pada suatu ketika dahulu telah semakin pudar.
Sedang Sinbi berjalan untuk menuju ke library, dia diegur oleh sahabar baiknya iaitu Raina.
"Raina, lama weh tak nampak kau."kata Sinbi sambil tersenyum.
"Sorry weh, aku banyak benda nak kena handle."balas Raina dan kemudian dia menyambung "Eh, kau tak dengar berita sensasi ke? Heboh satu universiti ni."
"Berita sensasi? Entah, malas aku nak layan."balas Sinbi sambil meneruskan perjalanannya ke libry.
"Lah takkan kau taktau kot. Si Moonbin dengan Nana tu dah break up."terang Raina sambil kepada Sinbi.
"So?"
"Dengar kata, si Nana ni playgirl rupanya. Dalam diam dia ada affair dengan Encik Ken, lecturer Engineering yang kacak tu."cerita Raina lagi, bersemangat.
Sinbi tidak memberi apa-apa respon kepada Raina sebaliknya dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membaca mesej daripada 'peminat'nya itu.
From : 013-4XXXXXX
Meet me at library tomorrow at 2 p.m.
I'm waiting for you, Sinbi.
I'm waiting for you, Sinbi.
'Dia student sini ke?'desis hatinya sendirian.
"Eh Sinbi, kau dengar tak ni?"tanya Raina tiba-tiba.
"Ha dengar."balas Sinbi, tipu. Dia malas hendak layan mahupun dengar cerita yang berkaitan dengan Moonbin.
Keesokkan harinya, Sinbi singgah di kafe kegemarannya itu untuk makan terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan 'peminat'nya di library.
Tanpa disedari, muncul Moonbin dan terus duduk di hadapan Sinbi. Sinbi yang terkejut dengan kehadiran Moonbin ingin bangun dan berlalu pergi tetapi di halang oleh Moonbin apabila Moonbin berjaya menarik tangannya.
"Kau nak apa ni Moon?"tanya Sinbi dengan nada yang agak serius.
"Sinbi, aku mintak maaf. Selama ni aku selalu tipu kau tapi jujur weh aku suka kau."rayu Moonbin kepada Sinbi.
"Sudah la Moon, lupakan apa yang berlaku. Sejujurnya sebelum ni aku memang sukakan kau, suka sangat tapi aku pendamkan saja sebab aku takut persahabatan kita terjejas. Tapi ..."Sinbi tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana saat ini dia memerlukan seseorang untuk dia menangis sepuasnya.
"Sinbi, ak-"Moonbin ingin meneruskan kata-katanya tetapi dihalang oleh Sinbi.
"Cukuplah Moon, aku dah maafkan kau."Sinbi kemudian bangun dan pergi meninggalkan Moonbin yang menyesal akan perbuatanya dahulu.
"Come on, Sinbi. You're strong."pujuk SInbi sendirian.
Apabila dia melangkah masuk ke dalam library, dia mencari kelibat seseorang atau mungkin seseorang itu akan muncul di hadapannya dan berkata Hi kepadanya. Namun tiadakelibat seorang pun yang dia nampak di dalam library itu.
Sinbi kemudian mengeluarkan handphonenya dan menulis mesej kepada seseorang.
To : 013-4XXXXXX
Where are you?
Sebaik saja Sinbi menyimpan kembali handphonenya, namanya dipanggil oleh seseeorang dari belakangnya.
"Sinbi."
Sinbi menoleh kebelakangnya dan dia terkejut apabila melihat 'peminat'nya berdiri dihadapannya.
"C-C-Chanwoo?"suaranya bergetar dan air matanya tiba-tiba mengalir.
Tanpa disedari, ada sepasang mata yang memerhati gerak-geri mereka berdua dari jauh.
Moonbin menyesal.
Dan kini dia hanya mampu melihat sahaja.
Kini giliran Moonbin pula yang merasai apa itu
Sakit.
THE END
Note : Gosh ! Hahahha, huru hara aku tulis cerita cinta ni. Hahaha.
wah dari mood seram semalam ke bunga2 cinta :D
ReplyDeletepadan muka moonbin XD , and cantiknya cover story ni !!! <3
ReplyDeleteRamai yang macam moonbin ni. huhu
ReplyDeletelel.. i wish there's an upvote button
ReplyDelete@Noor Maizan : Hahaha, sekali sekala tukar taste gitu. Thanks for reading :)
ReplyDelete@ANIS NABILAH : Haha tq, Anis. Thanks for reading :)
@C i k R e n e x : Kan huhuhu. Thanks for reading :)
@affgaga : Unfortunately, there's is no upvote button :( Thanks for reading :)
Love the susunan ayat for the ending XDD
ReplyDeletegood job, author-nim!
@faten.banana : Haha, terima kasih faten :)
ReplyDelete