Assalamualaikum dan hi.
1. A short and simple story.
2. Penulisan aku biasa saja, hanya sekadar bacaan di waktu lapang.
3. Maaf jika pembacaan hampa terganggu/ tidak menyenangkan kerana penulisan ini.
4. Enjoy reading.
Jun 2016.
Pendaftaran pelajar baru di politeknik akan bermula sebentar saja lagi dan para pelajar diminta untuk beratur agar memudahkan pihak urusetia untuk menjalankan pendaftaran.
Sebaik saja tiba giliran Sandeul, dia kemudian di minta untuk menandatangi dan menulis tarikh di buku pendaftaran tersebut.
"Nah kunci bilik kamu. Bilik 3.13."kata urusetia tersebut lalu kemudian menghulurkan kunci yang mempunyai pemegang berwarna kuning kepada Sandeul.
"Terima kasih."balas Sandeul sopan dan senyum kemudian berlalu pergi untuk mencari bilik 3.13.
Sebaik saja dia tiba di hadapan bilik tersebut, dia melihat pintu bilik tersebut tidak berkunci. Tanpa membuang masa, Sandeul menolak pintu tersebut dan terkejut apabila melihat seseorang yang sangat dia kenali di bilik tersebut.
"Ken?"tegur Sandeul.
"Oh Sandeul !! Weh tak sangka aku, kita sebilik bro."balas Ken gembira kerana dapat duduk sebilik dengan sahabat baiknya.
"Ha'a kan, rezeki weh."balas Sandeul sambil ketawa.
Sedang mereka ketawa, mereka dikejutkan dengan ketukan dipintu bilik tersebut dan kemudian pintu tersebut dibuka dan muncul seorang budak lelaki yang sungguh manis rupanya sambil tersenyum kepada Sandeul dan Ken.
"Hi. Saya Seokjin, Kim Seokjin."Seokjin perkenalkan dirinya sambil menghulurkan untuk bersalaman dengan Sandeul dan Ken.
"Saya Sandeul dan ini Ken."balas Sandeul lalu menyambut salaman Seokjin diikuti Ken.
Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan, hubungan persahabatan diantara Sandeul dan Ken serta Jin semakin erat. Ke mana saja mereka pergi pasti akan bertiga sambil bergelak ketawa.
Entah apa yang lawak bagi mereka.
Cuma pada waktu malam, hanya tinggal Sandeul dan Ken sahaja di bilik tersebut dan Seokji pula terpaksa meminta diri untuk melakukan beberapa tugas yang diarahkan oleh lecturernya.
Setiap malam pasti Seokjin akan menghilangkan dirinya.
Sibuk betul Seokjin.
Selepas tiga hari berturut-turut Seokjin tidak kembali ke bilik, Sandeul dan Ken mula risau akan keselamat sahabat mereka yang seorang ini.
"Weh, Jin ada text kau tak?"tanya Ken, jelas terpancar wajah kerisauannya itu.
"Takdak pulak. Ish, mana dia pergi ni. Risau aku."balas Sandeul sambil mendail nombor telefon Jin di skrin handphonenya.
"Kau tengok, aku call tak berangkat pulak."sambung Sandeul dengan nada yang kecewa.
"Eh, jom kita pergi buat report kat warden."cadang Ken tiba-tiba.
Tanpa berfikir panjang, Sandeul dan Ken begegas menuju ke bilik warden dan langkah mereka tiba-tiba berhenti apabila mereka terpandang seseorang yang sedang berdiri di tepi pondok kecil di hadapan mereka itu.
"Eh, tu bukan Jin ke?"tunjuk Ken kearah pondok kecil tersebut.
"Betul laa Jin tu."balas Sandeul kemudian mereka berdua berlari menuju ke pondok kecil tersebut.
Sebaik saja mereka sampai di pondok kecil tersebut, mereka memandang Seokjin yang hanya menunjuk memandang lantai kayu itu
"Ha betul tu Jin. Risau kitaorang dibuatnya."sambung Sandeul.
Seokjin tiba-tiba ketawa kuat dan kemudian diselang-seli dengan tangisan yang nyaring. Sandeul dan Ken yang terkejut dengan reaksi Seokjin mula mengundurkan diri mereka untuk menjauhkan diri daripada Seokjin.
Sebaik saja Seokjin bangun darit empat duduknya, dai kemudian berpaling kepada Sandeul dan Ken lalu berkata, "Korang, tolong aku. A-Aku sakit."rayu Seokjin yang memegang perutnya yang dipenuhi dengan darah yang mengalir laju dan berjalan perlahan-lahan ke arah Sandeul dan Ken.
"Tolong aku weh. Aku sakit."rayu Seokjin lagi sambil menangis.
Sandeul dan Ken yang masih lagi terkejut dengan reaksi Seokjin mengundur perlahan-lahan.
"Tolong aku. Tolong aku. TOLONG AKU!!"kali ini suara Seokjin menjadi serius dengan nada yang marah.
"J-Jin, kau ke-"Ken tidak sempat menghabiskan ayatnya.
"Korang tak kesian kat aku ke?"tanya Seokjin sedih dan kemudian dia tiba-tiba ketawa dan kemudian berjalan laju menuju ke arah Sandeul dan Ken.
Sandeul dan Ken yang takut akan Seokjin perpaling dan mula berlari dengan laju tanpa memikirkan niat sebenar mereka untuk ke bilik warden sebaliknya mereka berlari menuju ke pondok pengawal untuk mendapatkan bantuan.
Sebaik saja sampai di pondok pengawal, masing-masing jatuh terduduk di hadapan seorang pengawal tua yang digelar, Pak Cik Ho.
"Eh hampa berdua ni pasai apa?"tanya Pak Cik Ho yang terkejut melihat keadaan Sandeul dan Ken.
"P-Pak cik, t-to-long kami."balas Sandeul tercungap-cungap, penat.
"Macam ni laa nak, hampa dua ni rehat dulu. Nah minum air ni dulu. Satgi cerita kat pak cik benda yang jadi kat hampa dua."kata Pak Cik Ho lalu menghulurkan dua botol air mineral kepada Sandeul dan Ken.
Sebaik saja Ken habis bercerita tentang kejadian yang terjadi tadi, Pak Cik Ho pun berkata, "Sebenarnya Seokjin tu dah lama mati. Dah 4 tahun dah dia mati Dia mati dibunuh oleh rakan sebilik dia dan dia mati kat dalam bilik tu jugak."
"Betul ke pak cik?"tanya Sandeul terkejut.
"Betul la, cuma pihak sini merahsiakan sebab takmau bagi ada masalah besar."terang Pak Cik Ho lagi.
"Habis selama ni Ken, kita hanya duduk dengan hantu rupanya."kata Sandeul sambil memandang Ken yang tersandar keran terkejut mendengar apa yang diterangkan oleh Pak Cik Ho tadi.
Beberapa hari selepas kejadian, Sandeul dan Ken mengambil keputusan untuk keluar dari kamsis tersebut dan ingin mencari rumah sewa untuk mereka tinggal.
Sungguh, mereka takut dan trauma dengan apa yang menimpa dir mereka.
Serik.
December 2016.
Jam ditangannya menunjukkan pukul 12 tengah hari dan perutnya kini berbunyi untuk minta diisi.
Leo kemudian mengambil keputusan untuk meletakkan barang di biliknya dahulu dan kemudian turun kembali untuk ke kafe.
Sebaik saja Leo tiba di hadapan bilik tersebut, dia mengeluarkan kunci biliknya yang bertulis '3.13' di tag tersebut.
Tidak sampai 5 minit, pintu biliknya diketuk dan Leo kemudian membuka pintu tersebut.
"Masuklah."Leo mengajak budak lelaki tersebut masuk.
"Terima kasih."balas budak lelaki itu.
"Saya Leo."Leo memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan kepada lelaki tersebut.
"Seokjin. Kim Seokjin."balas budak lelaki tersebut sambil tersenyum.
Senyum.
Senyum yang bermakna.
THE END
Citer nie seram.. tapi nape nak gelak ye..
ReplyDeleteSerius not bad..
Mungkin boleh diperbaiki lagi..
authornim ur so dope..
ReplyDeletewowowoowowo seokjin hantu :3
ReplyDeleteBayangkan muka Leo bila tahu Seokjin hantu. Dia akan ada perasaan ka? Huahuahua.
ReplyDelete