SFRNFZL
  • WRITER
  • DISCLAIMER
  • ART GALLERY
  • TUTORIAL
  • K-STORIES
  • MOVIE

Sunday, February 22, 2026

Jatuh Bangun Kehidupan dalam Glory of Special Forces!

 Assalamualaikum and hey!

Day 4 of Ramadan, Alhamdulillah.
How's your day?



Oh for the past 3 days until right now, I'm currently watching an old Chinese Drama; Glory of Special Forces (2022). Oh my god, for real I just found about this drama and the hero in this drama is one of my favourite actor; Yangyang!


To my surprise, this drama actually so good!

Mind you, aku ni jenis yang bila terjumpa any drama dekat tiktok dan aku akan terus search kat web then tengok episod 1 -mostly aku akan skip to the interesting part of the episodes (means aku tak tengok the whole drama) but surprisingly, this drama aku tengok tanpa skip ya. Weh, sampai hari ni aku tak habis tengok lagi hahaha, banyak weh episod dia. 

Bukan 12, bukan 26 tetapi 45 episod nokss.


Jadi sekarang aku baru ja selesai tengok 25 episod, jauh lagi perjalanan weh tetapi bagi aku, drama ni sangat menarik.


The content; 

Basically, it's a drama about military.

Yan Po Yue (Yangyang), dia ni boleh aku katakan seorang yang berbakat tetapi suka buat benda sorang-sorang, survived alone gitu dan sebenarnya dia ni berasal dari keluarga askar, ayah dia seorang askar. Walaupun dia ni seorang yang berbakat/cemerlang, tetapi dia punya komando tak bagi muka kat dia. Bayangkanlah, in a group boleh katakan dia yang terbaik tetapi orang lain yang terpilih untuk masuk team askar special force tu dan dia sendiri terpilih untuk jadi crew memasak tentera.

Melalui drama ni, boleh tengok lah liku-liku kehidupan dia untuk menjadi seorang askar yang hebat.
Bermula dari bawah.

Dan dalam ni drama ni jugak aku tengok diterapkan semangat setia kawan, sepasukan, cara kita terima arahan dari pihak atasan/bos kita. Bagi aku banyak jugak pengajaran dalam drama ni.

Ada jatuh bangun seseorang, dalam kita jatuh, hilang semangat -akan ada seseorang yang akan bantu untuk naikkan semangat kita, ada yang bagi kata-kata semangat untuk kita.


ada jugak tentang cara kita nak atasi sesuatu trauma, kita nak atasi kekalahan.
for sure, sometimes dengan kekalahn ni kita tak dapat terima-sangat kecewa bila kita dah cuba sebaik yang mungkin.


Serius weh, bagi aku tak rugi tengok drama ni.
Untuk kali ni, aku serius follow the flow of this drama. Satu-satu episod tu interesting.


Semua rumusan bagi aku laaa.
By the way, semua pelakon best!!!

   

Oh aku tengok drama tu di sini; Glory of Special Forces


Ok that's all for now, sorry if anyone yang tak selesa aku guna bahasa rojak hehehe...


Sincerely,
Ari, MY.


at February 22, 2026 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, January 3, 2026

My 2025 recap.

 Assalamualaikum and hi everyone.  
HAPPY NEW YEAH!


Berhabuk bersawang ya blog ni dan lama gilaa aku tak update blog aku ni. Mana laa aku nak cari KERAJINAN aku macam dulu. Serius, dulu rajin sungguh update itu ini, ada saja benda nak taip tuh. Aku harap tahun baru ni, boleh laa serba sedikit aku aktifkan balik blog kesayangan aku ni.


Let me continue with my 2025 recap,


 BEST Tamil Movies on Netflix!

  



Movie ni yang aku selalu ulang laa, best gila dan tolong laa tengok. Semua ni action movie laa, kalau bab lawan dengan penjahat tu memang mantap lah. My top 3 jugak movie-movie nih.

JAAT;
This one, movie comeback Sunny Deol aku rasa. 
Sunny Deol ni dia sebagai sosok misteri yang datang ke sebuah kampung dimana orang-orang kat situ sangat takut dengan Ranatunga. Even polis dalam movie ni tunduk kat Ranatunga ni, memang jahat gila dan kejam. Bukan setakat Ranatunga tapi isteri dia pon kejam ya, sama naik ja laki bini nih.

Aku takmau nak tulis panjang-panjang, cukup sekadar pembuka/ringkasan cerita sahaja. Apa-apa pun, hampa boleh p tengok sendiri di Netflix.


Oopps! Sambil aku dok menaip ni pon, aku pasang movie JAAT ni.


BAGHEERA;
Kisah seorang budak lelaki; Vedanth yang nak jadi hero untuk lindungi orang yang teraniaya dan bila besar, he ends up as a police. Pada mulanya, dia jadi seoragn pegawai polis yang memang patuh arahan dan menolak semua rasuah yang diberi tetapi ada satu kejadian yang sangat meluluhkan hati yang mengakibatkan dia berubah. Dia berubah macam mana? 

Haa, hampa kena tengok sendiri lah kesudahannya.



THEY CALL HIM OG;
Movie ni aku suka sangat, bila hero dia OG tu berlawan...dia punya muka tu takdak perasaan pun dan cara dia berlawan tu sangat kejam ya, aku puas hati. OG ni dibesarkan di Jepun so basically, bersama dengan dia akan ada sebilah pedang lah.

Aku sarankan untuk hampa tengok jugak movie ni, best weh!





ACHIEVEMENT on 2025



Alhamdulillah, di umur 30 tahun aku dapat kerja tetap. Syukur Alhamdulillah, setelah sekian lama. Yakinlah dengan rezeki Allah, ada weh. Kadang tu aku persoal jugak kenapa itu dan kenapa ini tetapi pada akhirnya aku berbalik pada rezeki. Ada orang rezeki dia awal, ada orang rezeki dia lambat. Walau bagaimanapun syukur sekali lagi. 

Aku doakan buat yang mana tengah cari kerja tu, semoga dipermudahkan segala urusan anda semua. InsyaAllah, Aamiin.





For now, ini saja dulu yang aku tulis. After this aku nak story pasal flow kerja aku, satu persatu. Kerja pertama aku sampai sekarang. 


SEE YA!


at January 03, 2026 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, May 12, 2023

Be positive, be confidence with Popilush!

Assalamualaikum and hi everyone!


I'm back guys, hope you guys are doing good!


Now, let me get this straight. Have you ever heard about POPILUSH?
Maybe some of you know about it and for those who don't know about them, let me explain it for you guys.


POPILUSH; 
is an empowering, inviting, and fashion-forward shapewear line for women. Our mission is to highlight what women of all shapes and sizes love about their bodies. Our high-quality shapewear comes in a diverse range of sizes and is exceptionally affordable for the high level of quality.


Their brand value are :-

Body Positivity,
Love ourselves and celebrate what makes us feel beautiful and powerful. Celebrate and
respect our bodies—every single shape and size and skin tone.


Comfortable Confidence,
We deserve to be comfortable in the clothes we wear. Life is too short to feel restricted and closed off. Popilush gives us the freedom and confidence to be ourselves every single day.


Environmentally-Friendly,
Committed to reducing waste with earth-loving practices like using textiles that rapidly biodegrade and less plastic packaging.


If you go to their official website, you will see there are many choices of shapewear that comes with various size and shapes!


1. Built-In Shapewear Slip Maxi Lounge Dress

If you need to look slimmer for a big event but don't have enough time to drop the pounds, this is your sign to get this dress with built in shapewear! Its everything you could want in a maxi dress.  The design is stretchy compression fabric that smooth the tummy and hips. Made to adjust to your body perfectly. 



2. The Bodysuit



Does slimming bodysuit work? In short yes! Overall, slimming bodysuit temporarily helps to smooth lines and unwanted lumps and bumps through innovative technology that combines compression, design and figure-forming materials.

What are you waiting for? Get yours now!!!
The way you get dressed will never be the same.  


3. The Shapewear




Offer full coverage compression support that smooths and slims, shaping bodysuits available in a range of sizes, colors, and styles! It also gives you the best tummy control and can definitely give you a flat stomach. It's also a fantastic way to boost your cleavage, hide back fat, shape your hips and minimize your thighs. 

No more curvy waist!!!



So, be positive, be confidence with POPILUSH!

at May 12, 2023 5 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, March 3, 2023

Aku Hampir Kena 'Job Scam'! | BAHAGIAN 1

 Assalamualaikum hampa, hai!


Sebenarnya aku dah lama nak publish post ni, dari minggu lepas tapi itulaa taip sekerat lepas tu buat keja lain dan akhirnya hari ni baru sempat nak menaip sampai habis. Macam ni, minggu lepas aku tengok k-drama baru iaitu, Taxi Driver Season 2 dan tiba-tiba teringat balik kenangan lama pasal job scam ni.

Sebelum tu, meh sikit nak cerita apa kaitan k-drama Taxi Driver dengan diri aku. 
Taxi Driver Season 2 ni memulakan cerita pada episod 1 tentang international job scam dimana pada mulanya seorang ayah telah menghantar anaknya (Lee Dong Jae) ke Vietnam untuk petukaran pelajar, akan tetapi 10 bulan selepas tu tiada satu berita pun tentang Dong Jae, NONE!

Si ayah mula risau dan buat laporan polis, tetapi polis cakap Dong Jae lari dari rumah; yalaaa faktor usia kan, memberontak mungkin. Kemudian si ayah dapat tau dari kawan Dong Jae yang anaknya tu bukan ke Vietnam untuk petukaran pelajar tetapi untuk kerja.

Nak tau kesudahan cerita Dong Jae dan ayahnya?
Pegi laa tengok Taxi Drive Season 2!!!





Wang Tao Zi is a red flag for Madam Lim, poor her :(
Go watch Season 1 if you guys wanna know about them!


Jadi sekarang aku nak cerita pengalaman aku hampir-hampir kena job scam ni, ini betul-betul real story ya.
Aku tak ingat tahun bila, tapi masa ni arwah mak aku ada lagi dan aku rasa mungkin 3-4 tahun lepas benda ni terjadi. Nak dijadikan cerita, masa tu aku memang tengah cari keja kosong dan boleh dikatakan memang betul-betul nak kerja. Orang kata coincidence la kot nah, ada kawan mak aku merangkap jiran jauh call mak aku; aku letak nama Mak Jah. Dia call cakap ada kerja kosong kerani dekat kolej matrikulasi dan kalau nak tau lebih lanjut, nanti 'anak sedara' dia akan call aku.

So aku pon macam ok boleh sangat.
Esoknya 'anak sedara' Mak Jah call aku, cakap petang nanti datang rumah Mak Jah bawak resume, salinan sijil dan juga gambar. Aku syak ni mungkin untuk temuduga laa kot, dan petang tu aku sampai dengan mak aku di rumah Mak Jah.

Sampai ja situ ada seorang lelaki dan aku letak nama Botak sebab dia memang botak dan seorang budak lelaki yang dalam belasan tahun, aku bagi nama Aiman. Jadi kat situ ada aku, mak aku, Mak Jah, Botak dan Aiman. Dekat sini ya, dari aku sampai sehingga aku nak balik, si Aiman ni diam jaa.

Berbalik pada sampai jaa aku kat rumah Mak Jah, aku dengan mak aku duduk kat tempat yang memang dah ada kat situ. Mak aku sembang dengan Mak Jah, aku 'ditemuduga' oleh Botak. Nak kerja kan, jadi semangat tu berkobar-kobar. Botak mintak semua yang dia pesan suruh bawak tadi iaitu resume, salinan sijil dan juga gambar. 

This is interesting part.
Botak cakap, keja dekat situ best. Masuk pukul 8.30 pagi, lepas tu ada baju korporat and yes dia tunjuk baju korporat tu -ada nama dan logo kolej matrikulasi tu, memang sehelai baju korporat warna purple putih kalau tak silap aku. Lepas tu dia cakap boss sangat baik then dia tunjuk kereta honda civic dia dan dia cakap yang pekerja akan dapat sebiji kereta; macam kereta syarikat la. then bagitau yang diorang selalu ada event kat hotel-hotel.

Sini aku dah mula syak yang something sangat Botak ni tapi aku follow the flow dulu.
Kemudian dia tanya aku, ada dak akaun maybank dan aku jawab takdak. Dia kata esok p bukak akaun di maybank, aku iyakan saja masa tu. Sembang punya sembang, aku dah nak balik sebab dah pukul 7 lebih dah masa tu, dia cakap hari Rabu lapor diri di kolej matrikulasi tu. Dia kata tunggu kat luar pon pagar pon takpa, nanti masuk sekali kt dalam naik kereta dia.

The day has come!
Aku siap semua dan mak aku siapkan nasi goreng untuk aku bawak bekal. Masa ni mak dan ayah aku hantar aku, yelaaa time dulu takdak kereta sendiri hahaha. Sampai saja di kolej matrikulasi tu, ayah aku drop kat luar dan aku turun. Pada mulanya memang aku nak tunggu Botak tu sampai tapi macam tak puas hati jadi aku p dekat pakcik guard tanya. 


"Cik, saya nak lapor diri hari ni di koperasi."
Muka pakcik guard tu dah macam hahh?

"Kami tak dapat apa-apa maklumat pon. Ni mai dengan sapa?"

"Ayah hantar, tapi ada kt luar. Boleh masuk sampai dalam ka?"

"Eh boleh-boleh, meh saya hantar sampai koperasi."

"Oh ok cik, terima kasih."

Aku bagitau ayah aku yang pakcik guard tu bagi masuk dalam dan ayah aku pon hantar aku ke dalam, ikut pakcik guard tu. Waktu aku sampai di kolej tu, jam dah nak dekat 8.30 pagi tapi koperasi masih tak bukak lagi weh. Aku whatsapp Botak cakap aku dah masuk dalam dan tunggu di depan koperasi ni, dia reply 'Oh dah masuk eh?'


Hampaaa, memandangkan cerita aku ni panjang, jadi aku berhenti disini dulu dan aku jadikan post ni sebagai BAHAGIAN 1.
at March 03, 2023 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kdrama, random

Thursday, February 23, 2023

Get Stylish with SHAPELLX!

Assalamualaikum and good afternoon everyone!

 

Who says plus size people can't be stylish?

They can, for real!

 


SHAPELLX!
Yes, Shapellx. What does Shapellx have to do with plus size people?


Shapellx is a women’s shapewear brand that offers a variety of flattering silhouettes for any occasion. With sustainable materials and high quality fabrics, they carefully curate each product to provide a solution for every outfit in every closet. Their brand gives women the freedom to express her unique style and reveal her true self to the world.

 

There are three key components to authenticity – knowing yourself, being yourself and sharing yourself. Being your real self is reflected in what you disclose and how you interact with others. It's sharing your thoughts and beliefs and having the courage to expose yourself psychologically.

I like this type of product because they highlight different types of sizes from freesize to plussize. So, everyone can wear it!

 

As you can see there, they come with so many categories and choices that you probably love it.

 

1.Tummy Control Shapewear


With a mid-thigh length, this tummy control shapewear holds in your core, shapes and lifts your butt and chest, and smooths your upper thighs. Made of breathable mesh material, easy and comfortable for all-day long-wearing, perfectly contour to your unique curves while also allowing ideal airflow.


2. Dress with Built in Shapewear


If you have a formal event or work party coming up and you want to look flawless in a dress, the dress with built in shapewear is just what you need! The design features 360-degree waist taming power as well as stretchy compression fabric that smooth the tummy and hips. Made to adjust to your body perfectly. 

Why you'll love it? Because;
• Mid-firm control for ultimate smoothing power.
• Wear it as a base in winter or style it solo when it's warm. Never goes out of date!
• Pretty outfit, shapewear, comfort? Yasss, gorgeous. Why not choose, if you can have them all in one!
• 360° tummy control and boob support.
• Perfect balance between comfort and control for daily wear.
• Designed for women of every body type.

3. Shaping Dress

A perfect date night dress that you can't stop wearing! Styled with sneakers, sandals, or some killer heels, your new shaping dress look is versatile and effortless again and again.  Smooth, tight, and showing off every curve of your body for the most flattering look. 


You'll love it!

Why?
• Removable built-in padding. Say goodbye to bra lines forever!
• Mid-firm control for ultimate smoothing power.
• It is ruched all over the front and back with a snug yet stretchy fit.
• Flatter the figure with a body-sculpting silhouette with a square neckline.
• 360° tummy control and boob support.
• Perfect balance between comfort and control for daily wear.
• Designed for women of every body type.



Interesting right?
So, what are you waiting for? Let's get stylish with SHAPELLX!!!

at February 23, 2023 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, February 19, 2023

Appreciation post for Cuya and her arts, also thank you!

 Assalamualaikum and hi !




Pertamanya aku nak ucapkan TERIMA KASIH kat Cuya sebab sudi lukiskan gambar aku, dan ya hasilnya sangat cantik dan comel. 

Macam mana Cuya boleh lukiskan gambar aku?

Sebenarnya, aku ada join satu giveaway yang Cuya buat dan syarat-syarat yang dikenakan sangat simple. Bukan saja hampa join tetapi hampa dapat 'hadiah' lagi bila mana hampa join giveaway Cuya. Well, mana nak cari orang yang pemurah macam Cuya? 


Kenapa aku kata Cuya pemurah? 
Bagi aku laa kan, digital arts ni kadang outcome tu nampak mungkin simple tetapi ianya tetap menggunakan masa dan tenaga. Bagi orang yang dapat hasilnya mungkin taktau disebalik nak hasilkan sesuatu art itu ada halangan yang dihadapi, who knows kan? Ini pendapat aku saja, lain orang lain pendapat ya.


It's not just a simple art but meaningful art, for me.


Thank you, Cuya!


Use it for my profile picture at Twitter :)



Dah Cuya pemurah hati nak lukiskan aku, so why not exchange art dengan dia. Simple saja aku buat dan ya ini memang style art aku yang jenis lukis kening saja, aku tak lukis full muka.

Here for you, Cuya;







Bagi yang belum join lagi giveaway Cuya, boleh klik dekat banner yang menarik kat bawah ni ya. Jemput laa, you guys join then you guys dapat 'hadiah'. Bukan pemenang saja dapat but all the participants yang join dapat ya. Interesting right?




                                      
That's all from me and again, Thank You CUYA :)
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.


                                             

at February 19, 2023 8 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

La gourmet®️ Hydration Bottle Giveaway by anies

 Assalamualaikum semuanya.


One more interesting giveaway aku join.

All the best to all participants! :)



Blogger ;

Rasyidah

KasihkuAmani

#JMBELOG



at February 19, 2023 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Segmen Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya

 Assalamualaikum dan hi everything! Hahahaha




Menarik ya giveaway kedua yang aku join ni sebab melibatkan lukisan digital, dan ya aku ni peminat lukisan digital jugak hahaha. Jom sama-sama join dan memeriahkan lagi giveaway ni, klik saja banner yang cantik di atas tu untuk maklumat lanjut.




Oh dalam masa yang sama meh laa jalan-jalan dekat art gallery aku ni, free ja hahahaha;
THE ART GALLERY


at February 19, 2023 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM

 Assalamualaikum dan hi semua.




Agak lama ya aku tak join giveaway, dah bertahun rasanya. Jadi jom laa sama-sama kita memeriahkan lagi giveaway ni.

All the best juga buat semua yang join!



at February 19, 2023 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, January 3, 2023

Short Story of 2021 and 2022, Aku VIRAL

 



Assalamualaikum and hellooooo guys!

Orang kata dah berhabuk ya blog aku ni, setahun dah aku tak update sejak mak aku meninggal dunia. Ya, untuk pengetahuan hampa, mak aku dah tiada dah meninggal dunia pada 30 Disember 2021 dan kini dah masuk setahun dia tinggalkan kami semua. 

Mak kan, rindu sebenarnya tapi yang hidup ini harus teruskan kehidupan.

Al-Fatihah.


Going VIRAL!

Aku sebenarnya tak sangka yang dengan aku lukis biasa-biasa guna Microsoft Excel ni nak jadi viral, betul. Meh aku terang sikit 'Why Microsoft Excel?!' Aku start melukis guna Microsoft Excel ni sebab dulunya aku guna laptop secondhand yang agak murah dan tak mampu nak install perisian seperti Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop sebab perisian tu berat,

dan dalam masa yang sama, aku ni jenis suka melukis secara digital. Bukan melukis sangat pon just suka guna Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop, memang dua ni favourite aku. Jadi bila takdaknya dua benda ni dalam laptop aku, aku kena cari something untuk aku lukis dan aku teringat ada sorang uncle dari jepun ni iaitu Tatsuo Horiuchi yang melukis guna Microsoft Excel.

dan situlah bermulanya pencarian aku, hahahaha.


Jadi kat bawah ni ada beberapa artikel yg menulis pasal art yang aku lukis guna Microsoft Excel tu, The KTM Tasek Gelugor. Boleh laa kot-kot berminat nak baca hahahaha.



 
Buzzkini


Vocket



Sinarplus





Wacana



World of Buzz



The Rakyat Post


SAYS



UtusanTV



I AM MUSLIM NETWORK



Guys, thank you so much for the write-up!!!
Love you guys!




at January 03, 2023 5 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, December 12, 2021

ARI review buku | Dia Tetap Sempurna oleh Anjell

 Assalamualaikum dan hellooo!

Kali ni aku nak cuba untuk review buku pulak nah, sebelum ni asyik dok review lagu dengan filem-filem saja takpun drama korea. Jom cuba kelainan pulak.


Tajuk : DIA TETAP SEMPURNA
Karya : ANJELL
Terbitan : KARYA SENI

Sinopsis kulit belakang.

Versi pertama pertemuan mereka. 
Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya, dengan gaya selekehnya. Lelaki ini hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. 
Ya. 

Dikejar kucing!

Versi kedua pertemuan mereka.
Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-Clorox! Yang muncul di depan kini umpama putera raja turun dari kayangan. 
Kacak maut!

dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.

Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai sepasang kekasih jadian.

"After all, until the cruise ends, I'm all yours." - Eskandar Arasyah


Ya... Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu.

Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya : Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu membuatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya.

No access.


"Aku tak sempurna, Dara." - Eskandar Arasyah


"Nobody is perfect." - Dara Nailufar


"Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima." - Eskandar Arasyah


"But you have everything." - Dara Nailufar


Bagi Dara, tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia tidak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukan Dara berpegang pada kata-katanya itu?


___________________________________________________


Dari sudut aku;

Aku dah baca dua karya ANJELL ni (Dheos; review coming soon) dan ya dua-dua buku ni mempunyai jalan cerita yang menarik bagi aku. Plot-twist di setiap buku jugak tidak ketinggalan, dan yang seronoknya plot-twist tu benda yang aku tak jangka.


Eskandar Arasyah; Pertemuan pertama di antara dia dan Dara menampakkan dia seorang yang agak sombong dan agak kurang ajar akan tetapi pertemuan kedua dia dan Dara menampakkan dia adalah sebaliknya.

Aku sebenarnya suka akan watak Eskandar ni sebabnya, dia ni bukanlah seorang yang betul-betul sombong mendabik dada semua tu, sebenarnya boleh aku katakan yang Eskandar ini adalah seorang yang cool, pendiam dan suka bersendirian (buat hal sendiri). Pada masa yang sama jugak, dia boleh jadi sweet, manja dan caring pada seseorang yang dia suka (mungkin ya).


Bila dah lama sikit baca, aku dah tau si Eskandar ini bukanlah dari golongan orang yang biasa-biasa ya dan dia jugak tersangatlah misteri. Aku suka sangat vibes misteri yang penulis gambarkan tentang Eskandar ni, he's not a simple person. Sukar untuk ditafsir, sukar jugak untuk 'ditembak'. 


Dara Nailufar; Wow, what a unique name, cantik! Karakter seorang Dara ni pun aku suka jugak sebab dia ni bukan jenis yang gedik-gedik atau terlalu manja. Bagi aku, dia ni seorang yang senang berkawan dengan orang, senang mesra gitu -seperti mana dia mudah mesra dengan Audi walaupun baru kenal. Dara jugak bukanlah wanita yang lemah, she is very strong and independent woman. 

Love that!


Antara karakter-karakter lain yang ada dalam buku ini adalah -


Audi - Perkenalannya dengan Dara bagaikan anjing dengan kucing tapi lama-kelamaan hubungan mereka bertukar menjadi sahabat baik yang selesa untuk berkongsi masalah diantara satu sama lain.

Sera
- Love her character too tho and trust me, she's a good and kind woman.

Adri - Dara's past. 

dan tak ketinggalan, Fendi.

Kemunculannya membuatkan Eskandar tidak senang duduk dan Dara tertanya-tanya. Siapakah Fendi? Apa kaitan diantara dia dan juga Eskandar serta Dara? 


Favourite lines.


Being broken is an accident. But to stay in it is a choice.


"We all have poems inside of us that paper cannot handle." - Eskandar




In reality, 

mungkin kita pernah terbaca kisah-kisah 'ketidaksempurnaan' orang lain yang agak berat untuk diterima akan tetapi bersediakah kita untuk menghadapi ketidaksempurnaan yang ada pada seseorang yang sangat kita sayangi dan ianya tidak pernah kita terbayang, tidak pernah terdetik dalam hati kita bahawa benda ini akan terjadi pada diri kita sendiri.
Mampukah?


atau pada akhirnya akan terjadi,

'walaupun sepuluh kebaikan mahupun seribu kebaikan yang kau pernah buat, akan tetapi satu keburukan yang kau buat, seumur hidup orang akan ingat'.

 

Rate : ✰✰✰✰✰
Why? Because I really enjoy reading it. It's not too simple, not too cliche. The story line was so good! 

We

at December 12, 2021 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, December 6, 2021

CERITA PENDEK 001 : Dah Tahu Ke?

 Nota Tangan;

All short stories are mine, I write them all by myself and this short story is just for fun to read. I'm writing this just to fill my free time and all the characters are not real, I'm just using names only.

ANY SIMILARITY IS JUST COINCIDENCE.


_____________________________________________


Pernah tak korang keluar nak pergi mana-mana lepas tu tengok-tengok handphone habis bateri. Ha macam tulaa yang jadi kat aku sebab aku ni jenis tak ambik hal pasal telefon ni. Bila kawan lama ajak lepak, aku on saja dan bila nak keluar terus capai handphone sekali.

Aku ingat lagi malam tu aku tengah kemas meja aku dan bersiap sedia untuk balik rumah. Macam ni laa aku, jenis rajin bekerja sampai malam. Kawan-kawan pejabat aku ada jugak nasihat kat aku macam 'Ingat Rey, jangan kerja sampai lewat malam' 'Sudah sudah la tu Rey, dah lewat ni' tapi aku biarkan saja, malas pulak aku nak layan diorang tu lagipun aku ni jenis yang kena siapkan kerja dulu baru hati ni lega dan tenang.


Sedang asyik aku menyiapkan kerja-kerja aku yang bertimbun di atas meja, 
tiba-tiba handphone aku vibrate. Inilah perangai aku yang tak bagus sebab suka silentkan handphone, aku lebih suka biar silent dan vibrate ja lepas tu bila dah sampai rumah baru aku off silent tu. Aku capai handphone aku dan terus baca whatsapps yang diterima.


Adam;
Reykal, aku baru ja sampai KL semalam. 
Jom lepak malam nanti?

Reykal;
Kau ni, serius ke? 
Asal tak cakap awal yang kau nak datang sini?
Lama gila kot tak jumpa kau.

Adam;
Haha, saja nak buat surprise kat kau. 
Jom laa malam ni eh?

Reykal;
Saja ja kau ni. 
Ok ok, balik keja nanti aku terus g cari kedai lepak dulu. 
Nanti aku 
send location kat kau.

Adam;
Ok cun.
Jumpa kejap lagi.


Jam menunjukkan sudah pukul 8.15 malam dan aku bergegas masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta aku dan cepat-cepat beredar dari tempat kerja untuk mencari tempat lepak yang best buat kami bergosip. Gilalah, memang lama kot tak jumpa dengan kawan baik aku sendiri. Bukan senang dia nak datang KL, dah alang-alang ada kat sini baik jangan lepaskan peluang yang ada.

Setelah hampir 45 minit mencari tempat lepak untuk kami bergosip, akhirnya aku tenampak warung kecil di tepi jalan. Aku memarkir kereta dihadapan warung tersebut dan aku melihat sekeliling warung tersebut. Cun lah warung ni, pelanggan pun ada seorang dua saja tambah pulak dengan persekitaran yang bersih di warung ni.

Sebaik saja aku keluar dari kereta, aku terus menuju ke meja untuk duduk dan ingin menghantar whatsapps kepada Adam. Tetapi nasib malang menimpa aku di mana handphone aku tiba-tiba habis bateri. 


'Aduh,  habis bateri pulak handphone ni. Inilah balasannya bila tak peka.'


Ketika aku sedang merungut seorang diri, tiba-tiba datang seorang pakcik berbaju kemeja lengan pendek yang berwana coklat dan sangat lusuh serta berkain pelikat biru sambil tersenyum kepada aku.

"Anak ni nak minum apa?"Pakcik tu tanya aku dan terus aku jawab, "Saya nak air kosong je dulu."

Sebaik saja pakcik tu beredar, tiba-tiba Adam muncul di hadapan aku. 'Woi Adam, bila masa kau sampai ha?" Gila terkejut kot tiba-tiba ja muncul.

Adam yang kini duduk di hadapan aku hanya mampu tergelak apabila melihat wajah terkejut aku. "Mesti kau terkejut kan, aku baru ja sampai ha."

Sedang asyik kami bersembang, pakcik tadi datang ke meja kami sambil membawa makanan dan minuman yang kami order tadi. Aku makan nasi goreng biasa dengan teh ais lepas tu Adam pulak hanya order air kosong saja.

Aku melihat jam tangan aku, alamak dah pukul 2 pagi laa. Kemudian aku bergegas bangun pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Selesai saja membuat bayaran, aku meminta diri untuk beredar sebab dah lewat sekarang, esok kena masuk kerja.

"Adam, nanti bila-bila kau datang sini lagi kau roger aku tau. Bukan senang kita nak lepak macam ni."

"No hal bro. Jumpa lagi bro dan jaga diri."Adam membalas dan kemudian melambai-lambai kearah aku. Sebaik saja aku memasuki kereta, aku terkejut apabila mendapati kelibat Adam yang tadi berada di hadapan kereta aku kini tiada.

'Aik, laju ja Adam ni jalan. Aku baru ja masuk kereta.'Aku membebel seorang diri.

Ketika sampai di persimpangan Kampung Meja, aku tiba-tiba teringat yang aku tertinggal jaket aku dekat warung tadi. Niat di hati tu nak ambik esok ja tapi jaket tu jaket kesayangan aku kot, jadinya aku cepat-cepat patah balik dan memandu laju untuk sampai ke warung tadi.

''Aik, aku rasa warung tadi ada ja kat sini.''Aku mengomel sendirian.

Aku tak puas hati sebab warung yang aku berhenti lepak dengan Adam tadi tidak kelihatan lalu aku membuat keputusan untuk meneruskan lagi perjalanan aku untuk mencari warung tersebut. Dah hampir 40 minit aku memandu sepanjang jalan ni tapi warung tadi masih tak kelihatan. Mungkin malam kot lepas tu gelap pulak dan akhirnya aku membuat keputusan untuk datang ambik jaket aku keesokkan harinya.

Apabila sampai saja di rumah, aku meletakkan beg aku dan kemudian terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Sebaik saja selesai membersihkan diri, aku kembali ke ruang tamu untuk menonton televisyen sebelum aku masuk tidur.

Sedang aku asyik menonton ulangan drama korea Goblin , baru aku teringat yang handphone aku habis bateri. Kemudian aku mengambil handphone aku dan mengecasnya lalu aku letakkan di atas meja di hadapan aku.

Aku baru ja nak pegang remote control tapi aku mematikan niat aku itu, aku kemudian memandang tajam handphone aku dan cepat-cepat aku on handphone tu. Sebaik saja handphone aku dah on, terus aku bukak whatsapps dan mesej Adam.


Reykal;
Kau ada kat mana bro?


Aku teringat kembali yang aku tak sempat hantar location kat Adam tadi tapi macam mana Adam boleh muncul pulak. Lepas tu aku perasan yang Adam ni diam dan senyum ja tadi, aku pulak yang petah berbicara.

Pelik.

Aku melihat mesej yang aku hantar kat Adam, grey-tick. Mungkin tengah drive kot aku rasa. Baru ja nak letak balik handphone atas meja, tiba-tiba ada call pulak yang masuk.

Mak.

Tiba-tiba pulak mak aku call tengah-tengah pagi buta nih.

"Assalamualaikum, ya mak."

"Reykal, kamu ni tak reti ke nak tengok handphone kamu tu? Tak reti ke nak jawab call dari mak? Berpuluh kali mak call kamu tapi langsung tak angkat."Mak memarahi aku bertubi-tubi dan aku hanya mendengar bebelan mak itu.

"Ye mak, orang salah. Orang mintak maaf. Kenapa mak call nih?"Aku mengakui kesalahan aku sebab aku tau selagi aku tak cakap macam tu, mak mesti tak berhenti membebel.

"Ni haa mak nak bagitau yang Adam kemalangan pagi tadi. Sekarang dia ada di hospital, masuk ICU."Terang mak.

"Eh mak ni, takpayah nak buat lawak. Tahulaa orang tak jawab call mak tadi tapi jan-"

"Reykal, benda-benda macam ni mak tak suka buat main-main tau. Mak Adam call tadi cakap Adam accident."Terang mak aku lagi.

Tidak sempat mak aku meneruskan kata-katanya, aku segera memutuskan panggilan tersebut. Apa yang dah berlaku ni? Habis dengan sapa aku lepak tadi? Bermacam-macam soalan muncul dalam kepala aku dan aku tidak senang duduk. Sekarang dah pukul 3.30 pagi lepas tu aku pulak duduk sorang dalam rumah ni, memang tak kelakar la mak.

Aku kemudian membuka whatsapps untuk melihat mesej yang aku hantar kepada Adam tadi, blue-tick. Ah, tiba-tiba ja aku rasa seram sejuk. Selang beberapa minit kemudian aku menerima mesej whatsapps dari Adam.


Adam;
Aku kat belakang kau, Reykal. 



Sebaik saja aku membaca mesej tersebut, jantung aku berdegup kencang.

Tak kelakar weh.


Tiba-tiba...

Kedua-dua belah bahu aku dipegang erat dari belakang.


Adam berbisik,


''Dah tahu ke?''




_____________________________________


Thank you for reading my writing and feel free to leave your thoughts, comments and I would love to read them.

I'm still learning :) 

Thank you for your kindness.


Loves,
sfrnfzl

at December 06, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

HELLO,

My photo
Ri.
A 1995 citizen and introvert. You can call me ARI. Food and anime lover.
View my complete profile

CONTACT,

Email : sfrnfzl@gmail.com
Social Media :
Facebook | Twitter | Instagram

KTM Tasek Gelugor

KTM Tasek Gelugor


FRIENDS,

YOUR WORDS,

THEM

  • GALAKSI VIRAL
    TAFSIR MIMPI KAMBING
    1 week ago
  • SFRNFZL
    Jatuh Bangun Kehidupan dalam Glory of Special Forces!
    2 months ago
  • Nurul Rasya
    Back in Japan for My PhD: 2024 Recap of New Challenge
    5 months ago
  • budakvanilla's
    life update | second half of the year 2024
    1 year ago
  • Amazing Distance - Basically, Books & Everything Nice
    Read With Me #8: Woodwitch by Skye McKenna Review
    3 years ago
  • This is M3
    Distracted Week
    4 years ago
  • MOON
    Wanted : A New Blog List for March-July 2020
    6 years ago
  • SIQAHIQA
    Beauty Talks | Review Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature
    7 years ago

OLD STORIES,

  • February (1)
  • January (1)
  • May (1)
  • March (1)
  • February (5)
  • January (1)
  • December (2)
  • August (2)
  • August (1)
  • June (2)
  • May (7)
  • March (2)
  • February (13)
  • January (8)
  • December (7)
  • October (2)
  • September (5)
  • August (4)
  • July (2)
  • May (1)
  • April (2)
  • March (1)
  • February (6)
  • January (9)
  • December (7)
  • November (23)
  • October (16)
  • September (10)

WANNA READ, MAYBE?

  • Cara Nak Dapatkan Semula Sijil Peperiksaan Melalui POS
    Assalamualaikum dan hi. Hari ni aku nak kongsikan kat hampa macam mana nak dapatkan semula sijil melalui POS sebab benda ini pentin...
  • 5 Top Commenters in My Blog, January until 8th of Febuary !
    Assalamualaikum dan hello. Alhamdulillah aku ucapkan kepada rakan blog mahupun 'visitors' yang rajin tinggalkan jejak, tingga...
  • BOYS24 Isaac Voo from Malaysia
    Assalamualaikum and hi. Sebelum ni Erul bekas pelajar Akademi Fantasia 9,(sapa kenal dia?) ada masuk satu program kat korea ...
  • VEDALAM
    Assalamualaikum and haloo. Aku taktau la kat luar sana ramai or tak yang berminat dengan movie-movie tamil ni but bagi aku movie-...
Powered by Blogger.