Friday, March 3, 2023

Aku Hampir Kena 'Job Scam'! | BAHAGIAN 1

 Assalamualaikum hampa, hai!


Sebenarnya aku dah lama nak publish post ni, dari minggu lepas tapi itulaa taip sekerat lepas tu buat keja lain dan akhirnya hari ni baru sempat nak menaip sampai habis. Macam ni, minggu lepas aku tengok k-drama baru iaitu, Taxi Driver Season 2 dan tiba-tiba teringat balik kenangan lama pasal job scam ni.

Sebelum tu, meh sikit nak cerita apa kaitan k-drama Taxi Driver dengan diri aku. 
Taxi Driver Season 2 ni memulakan cerita pada episod 1 tentang international job scam dimana pada mulanya seorang ayah telah menghantar anaknya (Lee Dong Jae) ke Vietnam untuk petukaran pelajar, akan tetapi 10 bulan selepas tu tiada satu berita pun tentang Dong Jae, NONE!

Si ayah mula risau dan buat laporan polis, tetapi polis cakap Dong Jae lari dari rumah; yalaaa faktor usia kan, memberontak mungkin. Kemudian si ayah dapat tau dari kawan Dong Jae yang anaknya tu bukan ke Vietnam untuk petukaran pelajar tetapi untuk kerja.

Nak tau kesudahan cerita Dong Jae dan ayahnya?
Pegi laa tengok Taxi Drive Season 2!!!





Wang Tao Zi is a red flag for Madam Lim, poor her :(
Go watch Season 1 if you guys wanna know about them!


Jadi sekarang aku nak cerita pengalaman aku hampir-hampir kena job scam ni, ini betul-betul real story ya.
Aku tak ingat tahun bila, tapi masa ni arwah mak aku ada lagi dan aku rasa mungkin 3-4 tahun lepas benda ni terjadi. Nak dijadikan cerita, masa tu aku memang tengah cari keja kosong dan boleh dikatakan memang betul-betul nak kerja. Orang kata coincidence la kot nah, ada kawan mak aku merangkap jiran jauh call mak aku; aku letak nama Mak Jah. Dia call cakap ada kerja kosong kerani dekat kolej matrikulasi dan kalau nak tau lebih lanjut, nanti 'anak sedara' dia akan call aku.

So aku pon macam ok boleh sangat.
Esoknya 'anak sedara' Mak Jah call aku, cakap petang nanti datang rumah Mak Jah bawak resume, salinan sijil dan juga gambar. Aku syak ni mungkin untuk temuduga laa kot, dan petang tu aku sampai dengan mak aku di rumah Mak Jah.

Sampai ja situ ada seorang lelaki dan aku letak nama Botak sebab dia memang botak dan seorang budak lelaki yang dalam belasan tahun, aku bagi nama Aiman. Jadi kat situ ada aku, mak aku, Mak Jah, Botak dan Aiman. Dekat sini ya, dari aku sampai sehingga aku nak balik, si Aiman ni diam jaa.

Berbalik pada sampai jaa aku kat rumah Mak Jah, aku dengan mak aku duduk kat tempat yang memang dah ada kat situ. Mak aku sembang dengan Mak Jah, aku 'ditemuduga' oleh Botak. Nak kerja kan, jadi semangat tu berkobar-kobar. Botak mintak semua yang dia pesan suruh bawak tadi iaitu resume, salinan sijil dan juga gambar. 

This is interesting part.
Botak cakap, keja dekat situ best. Masuk pukul 8.30 pagi, lepas tu ada baju korporat and yes dia tunjuk baju korporat tu -ada nama dan logo kolej matrikulasi tu, memang sehelai baju korporat warna purple putih kalau tak silap aku. Lepas tu dia cakap boss sangat baik then dia tunjuk kereta honda civic dia dan dia cakap yang pekerja akan dapat sebiji kereta; macam kereta syarikat la. then bagitau yang diorang selalu ada event kat hotel-hotel.

Sini aku dah mula syak yang something sangat Botak ni tapi aku follow the flow dulu.
Kemudian dia tanya aku, ada dak akaun maybank dan aku jawab takdak. Dia kata esok p bukak akaun di maybank, aku iyakan saja masa tu. Sembang punya sembang, aku dah nak balik sebab dah pukul 7 lebih dah masa tu, dia cakap hari Rabu lapor diri di kolej matrikulasi tu. Dia kata tunggu kat luar pon pagar pon takpa, nanti masuk sekali kt dalam naik kereta dia.

The day has come!
Aku siap semua dan mak aku siapkan nasi goreng untuk aku bawak bekal. Masa ni mak dan ayah aku hantar aku, yelaaa time dulu takdak kereta sendiri hahaha. Sampai saja di kolej matrikulasi tu, ayah aku drop kat luar dan aku turun. Pada mulanya memang aku nak tunggu Botak tu sampai tapi macam tak puas hati jadi aku p dekat pakcik guard tanya. 


"Cik, saya nak lapor diri hari ni di koperasi."
Muka pakcik guard tu dah macam hahh?

"Kami tak dapat apa-apa maklumat pon. Ni mai dengan sapa?"

"Ayah hantar, tapi ada kt luar. Boleh masuk sampai dalam ka?"

"Eh boleh-boleh, meh saya hantar sampai koperasi."

"Oh ok cik, terima kasih."

Aku bagitau ayah aku yang pakcik guard tu bagi masuk dalam dan ayah aku pon hantar aku ke dalam, ikut pakcik guard tu. Waktu aku sampai di kolej tu, jam dah nak dekat 8.30 pagi tapi koperasi masih tak bukak lagi weh. Aku whatsapp Botak cakap aku dah masuk dalam dan tunggu di depan koperasi ni, dia reply 'Oh dah masuk eh?'


Hampaaa, memandangkan cerita aku ni panjang, jadi aku berhenti disini dulu dan aku jadikan post ni sebagai BAHAGIAN 1.

2 comments:

  1. sungguh2 akak baca taw..BTW salam kenal...taxi driver nie pun dalam waiting list nk nengok...hihihi..memandangkan belum tgok season 1...so kne habiskan dulu season 1

    ReplyDelete