Wednesday, August 4, 2021

I just recovered from COVID-19

   

Assalamualaikum and hello.

I just recovered from COVID-19.


Yes, it’s real.

 

Jadi ceritanya bermula bila aku dengan housemates aku lagi 4 orang dapat arahan dari supervisor kitaorang untuk p buat RTK test di kilang pada hari Sabtu, 3 Julai 2021. Alhamdulliah for this first swabtest, negative but unfotunately, one of my housemate, Shu was tested positive.

Memandangkan dah kami ni serumah, jadi Shu kena kuarantin di tempat lain bersama dengan mereka yang positif jugak. So, on 6th July 2021 which was my birthday, the rest four of us kena pergi ke klinik kesihatan untuk buat PCR test. Yang lawaknya, kami p buat PCR test naik ambulans dan housemates aku pun nyanyi lagu happy birthday dalam ambulans tu. 

Nampak macam sedih but best sebenarnya, kenangan seumur hidup dan dapat housemates yang baik lagi sporting.


Ok sambung balik.
Lepas buat swabtest tu, terus depa pakaikan gelang pink dan aku dengan 3 lagi housemates aku kena kuarantin di rumah kami sehingga 13 Julai 2021 untuk nak tau keputusan sama ada positif atau negatif. 
In between those date (3rd July until 13th July), Nana, another housemate of mine tiba-tiba demam panas dan selsema. 

Unfortunately again, she was tested positive this time
-dia dapat call dari KKM pada 8 Julai 2021.


Mula-mula kami serumah dok ingat demam biasa saja, orang kata husnuzon tapi apakan daya benda dah pun terjadi. On 10th July 2021, ambulance datang rumah ambik Nana untuk dihantar ke PKRC di Jawi.
Oh ya, Shu pun dihantar untuk kuaratin disana after quarantine at another house for few days.



                                         

Lepas saja Nana p pusat kuarantin, esok tu aku pulak demam, selsema dan batuk-pakej siap. Demam panas weh, dia jadi berasa bahang panas tu dalam badan dengan luar tapi bila check suhu normal saja, 36.5 macam tu. Mula tu husnuzon lagi macam aku buat kat Nana tu tapi tiba-tiba aku takleh nak bau apa, sembur minyak wangi pon tak bau weh -hilang deria bau.

Takdak kata lain dah, memang dok rasa dan memang dah tau kata kena dah.

Malam tu aku jadi sat panas sat sejuk, sejuk dia tu MasyaAllah. Aku time nak tidur tu dok rasa macam aku ni nak mati dah ka? Insaf weh dengan takut sebab time tu dia jadi penat, bukan penat yang asma tu tapi penat yang jalan sikit penat, naik tangga dua langkah dah penat.

Hampa pon mesti penat kan baca pasal penat ni? Hahahaha.

The day has come, on 13th of July, kali ni hanya kami bertiga saja ke klinik kesihatan untuk satu lagi PCR test dan potong gelang serta pakai gelang pink yang baru sehingga 17 Julai 2021.


...dan tiba-tiba pada 14 Julai 2021, aku dapat call dari KKM.

Dia cakap aku punya result positif dengan sorang lagi housemate aku, Sha. Yang aku terkejutnya sebab Sha ni takdak simptom tau tapi positif jugak, so geng hati-hatilah ya. Then, pada 15 Julai 2021 tu ambulance mai ambik kami untuk ke PKRC Jawi dan pada masa yang sama Shu dan Nana selamat balik ke rumah kami ni.
Alhamdulillah.


Dok di PKRC tu Alhamdulillah depa jaga elok. Makan pon 3 kali sehari, kenyang dan lauk pon sedap bagi aku tambah-tambah lauk ikan. Dok sana kena banyak minum air kosong dan kena kuat semangat, jangan dok buat letih nanti lagi teruk. Di sana bagi aku selesa laa, ada surau dan tempat tengok TV disediakan. 


Pada 22 Julai 2021, aku dengan housemate aku dah dibenarkan balik dan kami balik jugak dengan ambulans. Alhamdulillah syukur weh, aku masih diberi kesempatan untuk hidup. Oh, sebelum nak balik tu, doktor akan bagi Discharge Note dan MC untuk yang dah boleh balik dan yayyy dah boleh potong gelang!

Tapi bila dah keluar dari PKRC tak semestinya boleh bebas nak ke mana-mana sebab dekat MC aku tu, aku kena kuarantin kat rumah pulak dalam 3 hari macam tu (until 25th July 2021)


Pesan aku, jagalah diri ampa semua. COVID ni bukan main-main ya, it's REAL!
Mungkin laa ada some people yang tak percaya benda ni tapi bila dah kena hampa tau laa macam mana rasa. Bukan nak kata tapi teruk weh, aku yang sekarang dalam fasa pemulihan pon still ada the side effects macam batuk dan penat.




 

         
                                                         
Kat atas ni antara fasa-fasa dekat MySejahtera aku, aku buh sini untuk kenangan.

So geng, tolong jaga diri dan tolong laa pakai mask bila nak keluar dan guna handsanitizer ya. Tumpang tak kena lagi, better jaga diri ya. Stay safe geng dan #kitajagakita.



Gerak dulu geng.
 

9 comments:

  1. Fuh, pengalaman behtul ni...Moga terus sihat lepasni..AMIN

    ReplyDelete
  2. Fuh, Alhamdulilah kembali sihat. Moga kita semua terus sihat .Amin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah makin sihat <3

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sis dah recover. Nowadays, kena Covid pun da tak tunjuk symptom. May Allah protect us and stay safe everyone <3

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah, for your recovery. It's ridiculous how people still think that COVID-19 is a joke and not taking it seriously when there's a lot of people have suffer from it

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah recover. Semoga terus pulih and sihat ya

    ReplyDelete
  8. kaella haritu pun positif gak, syukur Alhamdulillah skrg smbuh dah, cuma efect nafas still semput2. so far okay jer.

    ReplyDelete