Wednesday, August 11, 2021

Answer Some Questions and More Explaination on 'Cara Nak Dapatkan Semula Sijil Peperiksaan Melalui POS'







Assalamualaikum dan hi geng.


Sebelum baca entri yang ni ampa boleh p baca entri lama aku dulu ya, ENTRI LAMA 
Isi-isi entri mungkin sama tapi aku tulis balik cara-cara nak dapatkan salinan sijil tu dengan lebih mendalam, maksud aku nak terang bagi ampa paham dan jugak untuk menjawab soalan-soalan yang tidak terjawab itu. 

Haa gitu.


1. BORANG PERMOHONAN.


Pertama sekali 'wajib' download borang permohonan dahulu, klik saja link dekat bawah ni dan Save atau Print.

BORANG PERMOHONAN (in PDF)


Macam mana nak Save atau Print?

a) Klik pada link yang aku bagi kat diatas tu, kemudian akan keluar paparan macam dalam 
    gambar.

b) Kalau nak Save, klik pada ikon Arrow tu then just Save it.

c) Kalau nak Print terus, klik pada ikon Printer tu dan dah boleh print.

Ampa print page 1 sahaja sebab satu page tu saja nak guna, yang lagi dua tu untuk rujukan dan untuk yang nak suruh wakil p ambil salinan sijil peperiksaan kat kaunter.

Untuk pengetahuan ampa nahh, satu borang hanya untuk satu peperiksaan sahaja.
*ada dinyatakan di borang permohonan*

2. SALINAN KAD PENGENALAN.

Salinan kad pengenalan pemohon kena wajib ada nahh, kalau tak letak sekali waktu nak pos surat tu memang tak akan dilayan. Tolong jangan lupa nahh, 1 salinan sahaja.


3. WANG POS

"Untuk nak mohon sijil SPM ni, wang pos yang diperlukan hanyalah bernilai RM30. Nak beli wang pos di pejabat pos ada caranya, bukan pergi kat kaunter terus mintak nak beli wang pos -kalau tidak jadi macam aku yang beratur panjang tapi last-last kena isi borang. Hampa kena isi borang terlebih dahulu dengan masukkan maklumat-maklumat yang diminta dalam borang tu. Pastikan isi dengan betul tau. 

Lepas itu, baru hampa pergi kat kaunter mintak nak beli wang pos yang berharga RM30 dan hampa kena bayar lebih sikit -macam aku hari tu kena RM30.85, ada caj sikit jaa."


Waktu aku beli wang pos ni tahun 2018, dah lama. Jadi aku taktau prosedur tahun 2021 ni macam mana pasal wang pos ni tapi, lebih baik p tanya dekat kaunter terus atau dekat encik guard. 

Macam mana nak isi maklumat pada wang pos? Mohon rujuk balik entri lama aku nahh, aku  letak link kat atas sana. 


Ok, cerita dia kat sini. 
Untuk nak dapatkan salinan sijil peperiksaan, ampa pastikan kena ada dokumen-dokumen penting ni :

- Borang Permohonan 
- Salinan Kad Pengenalan (1 salinan sahaja)
- Wang Pos

pastikan setiap maklumat diisi dengan betul kemudian kepilkan sekali semua dan masukkan ke dalam sampul surat.




SOALAN - SOALAN


Boleh mohon dan biarkan kosong pada ruangan angka giliran tu.


Hanya salinan IC sahaja.


Tak perlu.
Boleh hubungi di talian ini : TEL: 03-8884 3526 / 03-8884 3528


Ada soalan? 
Komen kat bawah dan if you can, drop your contact so that I can answer your questions quickly.


4 comments:

  1. wah, thank you share benda ni. Aien amek SPM sbgai PC, sijil asyik lupa nak amek. Bagus la macam ni. Boleh retrieve blek. Hehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete