Friday, May 1, 2020

Rii's Newsletter; Volume 01.

Assalamualaikum.
Hi everything, aku kembali. OK dah.

I'm going to proceed my new post now, enjoy reading.


Sejak-sejak PKP ni, aku macam beralih angin pulak dan taktau kenapa tapi macam berubah terus -tukar citarasa gitu. Sebelum ni, aku more kepada benda-benda berkaitan pasal Korea tetapi sampai hari ni aku lebih berminat kepada 'Thai stuffs'. Well, apa salahnya tukar citarasa sedikit untuk kali ini. Akan tetapi, minat aku pada benda-benda berkaitan dengan Korea ni masih ada. Jadi, kali ini kandungan untuk penulisan blog aku ni ada campuran tentang Korea dan Thailand.



THAILAND DRAMA THAT I ALREADY WATCHED.



Switch (2017), also known as Leh Lub Salub Rarng

Drama ni lakonan mantap 'real-couple' -Nadech dengan Urassaya yang mempunyai 10 episod sahaja. Drama ni kisah tentang Ramin (Nadech) iaitu seorang polis berpangkat tinggi dari unit khas, juga seorang 'playboy' yang memandang rendah pada wanita dan Petra (Urassaya), seorang 'superstar' yang sombong, juga memandang rendah pada lelaki. Takdir telah menemukan mereka berdua dan malangnya, roh mereka telah bertukar badan disebabkan sesuatu yang terjadi.

OK, aku stop tulis ringkasan sinopsis dia kat situ ja. Takmau la bagi spoiler kat mereka yang tak tengok lagi, nanti tak best. Rasanya ramai yang dah tengok drama ni, sebabnya ada ditayangkan kat TV3 dan popular jugak dekat facebook. Aku tengok dekat facebook ja senang, lagipun ada 10 episod saja tak banyak sangat. 

Seronok drama ni sebab dari segi jalan cerita yang menarik, ringan saja -just nice bagi aku dan lawak weh. Bab lakonan pulak memang superb lah sebabnya Nadech kena bawa watak perempuan -macam kena lemah-lembut, ayu sikit kan and Urassaya bawa watak lelaki -kasar, ganas pulak tu so memang menjadilah depa dua orang ni. 


So, agak-agak pengakhiran drama ni macam mana?
Ha, kena tengok sendiri la.



THAILAND DRAMA THAT I CURRENTLY WATCH AND I WILL WATCH.

My Husband in Law (2020) - This is the latest Thai drama yang tengah popular sekarang ni, lakonan Mark Prin dan Mew Nittha.

Kisah tentang Muey (Mew), tinggal dengan mak angkat dia yang juga kawan baik mak dia (her mother already passed away). Dalam masa yang sama dia minat dekat anak mak angkat dia tu, Thian (Mark) tetapi Thian tak suka Muey sebab Muey ni bukanlah gadis idaman dia. Unfortunately, mak Thian paksa Thian kahwin dengan Muey dan as a result, Thian was not happy at all with the marriage. Thian ni nak seseorang yang 'perfect material' gitu untuk jadi isteri dia.


Buat masa sekarang takboleh nak olah banyak sangat sebab baru release dua episod saja tapi sedih pulak, kesian tengok Muey tu -cinta tak terbalas.




Hua Jai Sila (2019) - Tahun lepas punya drama, yang ni aku tak tengok lagi so masukkan dalam list dulu. Ramai jugak yang recommend drama ni -ada free time, aku tengok.

Kisah tentang Tor (Thanapob), iaitu anak kepada seorang perempuan simpanan dan lelaki kaya. Bila maknya mati, Tor tinggal dengan keluarga ayahnya. Malang buat dirinya, Tor dianiaya oleh ibu tiri serta adik-beradik tirinya. Pada masa yang sama, Tor ni ada seorang kawan baru, namanya Mingta /

Suatu malam, Tor dikejar oleh ibu tirinya dan melompat ke dalam sungai dan dianggap telah mati. 
Selepas beberapa tahun, muncul seorang lelaki yang kaya-raya bernama Sila. 

Siapakah Sila?
Kenapa Mingta rasa Sila ini macam seseorang yang dia pernah kenal?





RECENT KOREAN DRAMA FROM NETFLIX.
Extracurricular (2020) - Drama ni yang aku nanti-nantikan selain The World of Married dengan The King: Eternal Monarch.

'It’s the story about teenagers and the incidents that happen at their school and surroundings. It will also narrate the changes that Ji Soo, a student with poor social skills, goes through as he meets a new friend named Kyuri. The drama will also heighten the tension by featuring various temptations that students face in real life.' -sinopsis dari dramacool.

Dan aku tak tengok lagi drama ni, dari segi poster tu nampak gaya macam best. Aku dah download dua episod dan malam ni baru nak tengok, sambil dok tengok episod 1 dan episod 2 tu, bolehlaa aku download episod 3 dengan episod 4. Drama ni ada 10 episod semuanya kalau tak silap aku.


Untuk yang nak tengok online, boleh klik SINI.






FAVOURITE OST OF THE DAY.

Huh Gak - Farewell in Tears
sedihnya dengar lagu ni weh nak nak pulak tengok translation lirik dia, boleh rasa macam mana perasaan Sun Woo. Untuk official music video, tengok kat SINI dan untuk translation pulak kat SINI.


Aku kan tak tengok lagi drama ni, just tengok short scenes saja kat youtube dengan facebook. Uish, sakit hati jugak dekat semua orang dalam drama ni, baik si suami, si kawan baik dengan si anak and takboleh percaya dekat sesiapa pun dalam drama ni. Aku nak tunggu complete episod dulu then baru aku start tengok. 



ANIME THAT I CURRENTLY WATCHING.


Black Clover (2017) - Asta dilahirkan tanpa ada kuasa apa pun, hanya seorang budak lelaki biasa yang nak sangat jadi Wizard King. Sama jugak dengan kawan baik Asta iaitu Yuno bercita-cita nak jadi Wizard King jugak, tetapi si Yuno ni ada kuasa dan seorang yang genius.

Adakah Asta akan berjaya menjadi Wizard King?
Bagaimanakah persahabatan Asta dan Yuno akan bertahan?


Anime is one of my favourite, very much! and aku suka genre yang action and super powers.
Lately ni aku dok tengah layan Black Clover yang sekarang dah episod 132 tapi aku baru tengok takat 119. Taktau bila nak habis anime ni but mostly beratus-ratuslah episod. Jenuh aku nak mengejarnya lahai, take time jugak haha.





OK sampai sini dulu aku menaip. 
Jumpa pulak di post aku yang akan datang.
Enjoy reading and jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah.



Selamat berpuasa, everyone.
#StaySafe #SocialDistancing

5 comments:

  1. Wohoo..saya suka jugak Movie Thai sebab..aksi dorang memang best..kalau erita hantu, memang mengggelikan sungguh,thriller.... Well, dah terrlayan the world of marrid couple..tapi skip part awal tu....boleh je faham.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau cerita hantu tu memang seram lah. Hahaha, famous betul drama tu.

      Delete
  2. antara semua list dalam ni, the world of married je tengok (sikit2), tu sebab dia selalu keluar kat wall fb. ahakss

    ReplyDelete
  3. I lost count of the movies and dramas I've watched since I've been binge watching a lot of it. haha

    ReplyDelete