Assalamualaikum dan hi.
Alhamdulillah aku kembali ke blog ni, niat di hati tu nak update tiap-tiap hari laa tapi aku pun ada kehidupan jugak kan -jadi sekarang baru berpeluang. Entri kali ini aku excited jugak laa nak kongsi pasal salah satu filem korea yang mendapat sambutan selepas Train to Busan dengan Battleship Island. Sebenarnya aku ni susah jugak nak tengok filem-filem dari negara Korea ni sebab tak biasa, selalu kalau untuk filem ni aku layan yang English, China dengan Tamil saja dan bagi Korea tu aku dah terbiasa dengan drama-drama depa.
Along with the Gods, bila dah baca banyak feedback pasal filem jadinya aku memang nak sangat tengok dekat pawagam -iyalaa bila tengok dekat pawagam baru best dengan skrin yang besar + audio yang kuat + tempat yang selesa dan luas; malangnya dekat tempat wayang yang aku nak tengok tu, filem ni takdak dalam senarai dan terpaksa laa aku tunggu, then aku download tengok kat rumah saja.
FILEM : Along with the Gods : The Two Worlds
GENRE : Fantasy, Drama
PENGARAH : Kim Yong Hwa
PELAKON : Ha Jung Woo, Cha Taehyun, Ju Ji Hoon, Kim Hyang Gi, Kim Dong Wook, Do Kyungsoo, Lee Joon Hyuk, Lee Jung Jae
PELAKON : Ha Jung Woo, Cha Taehyun, Ju Ji Hoon, Kim Hyang Gi, Kim Dong Wook, Do Kyungsoo, Lee Joon Hyuk, Lee Jung Jae
Filem ni bermula dengan kematian seorang ahli bomba, Ja Hong (Cha Taehyun), yang mati sewaktu menyelamatkan seorang budak perempuan -budak perempuan tu selamat tetapi dia tak. Mula tu dia ingat dia masih hidup tetapi dengan kehadiran malaikat maut iaitu Won Maek (Ju Ji Hoon) dengan Duk Choon (Kim Hyang Gi) serta ketua mereka iaitu Gang Rim (Ha Jung Woo) untuk bawak dia ke dunia selepas itu, dia terkejut.
Bila berada di dunia (yang lebih senang aku panggil)-dunia kematian, si mati ini kena hadapi 7 percubaan selama 49 hari untuk membuktikan dia menjalani kehidupan yang mulia. Ja Hong ni kena berhadapan dengan God of Murder, Goddess of Indolence, Goddess of Deceit, God of Violence untuk perbicaraan kehidupan dia waktu dia hidup dulu.
Dalam process pembicaraan selama 49 hari tu, macam-macam dugaan, masalah yang depa 4 orang tu hadapan, bahkan Gang Rim sampai kena ke dunia manusia untuk tengok apa punca kepada masalah yang terjadi tu dan dalam masa yang sama Gang Rim ni jugak terpaksa melibatkan diri dalam urusan manusia ni.
Sememangnya filem ni aku sarankan untuk hampa tengok bagi yang tak berkesempatan untuk tengok lagi, sebab filem ni bagi aku best sangat dan dalam masa yang sama terpalit jugak perasaan sedih bila tengok filem ni. Aku dah tengok dua kali, dan dua kali jugak teriak.
Sampai sini dulu aku tulis pasal ni, untuk lebih lagi hampa kena laa tengok sendiri filem ni baru puas hati. Aku takmau bagi spoiler banyak sangat, tak bestlaa nanti kan.
Apa-apa pun, give it a try okay?
Overall, I give 9.5 out of 10.