Saturday, September 23, 2017

The Autopsy of Jane Doe - full with mysteries!

Assalamualaikum dan hai.



Warning :

1. This entry contains spoiler.
2. Please watch the trailer first before watching the movie.
3. Don't watch this movie while eating!! 
4. Don't let your kids watch this movie okay?!


Hari ni rajinkan diri untuk menaip sebab nak kongsi pasal satu movie ni yang bagi aku cukup menarik dan menimbulkan perasaan ingin tahu tentang apa yang akan jadi selepas tu. Mohon untuk sesiapa yang nak tengok movie ni tolong baca warning kat atas dulu sebabnya aku dah kena -aku tengok movie ni sambil makan dan tanpa tengok trailer dulu. Aku tulis secara ringkas saja pasal movie ni ya.




T H E  A U T O P S Y  O F  J A N E  D O E
horror | mystery | thriller


When father and son coroners investigate the death of a beautiful "Jane Doe",
they find increasingly bizarre clues.



Movie ni bermula dengan penemuan mayat seorang perempuan cantik di basement sebuah rumah di mana ada satu pembunuhan aneh dan ngeri terjadi. Salah seorang pegawai polis ni kata takdak apa-apa kesan rumah dipecah masuk dan sebagainya.




Lepas tu, terdapat seorang 'coroner' iaitu Tommy di bantu oleh anak lelakinya, Austin baru jaa selesai melakukan autopsi mayat yang terbakar dan pada masa yang sama teman wanita Austin iaitu Emma muncul di tempat tersebut. Sebenarnya Emma baru pertama kali menjejakkan kaki ke tempat tu, jadinya dia terkesima bila nampak banyak peti simpanan mayat. Kemudian dia mintak Austin ni bukak satu-satu peti tu, mulanya Austin takbagi sebab nanti ayah dia marah tapi Emma pujuk jugak suruh bukak. Bila buka yang pertama, Emma suruh bukak yang lain pulak dan bila tengok mayat yang kedua ni, kat hujung kaki mayat tu ada loceng dan Emma tiba-tiba rasa tak sedap hati.





Lepas tu Austin dengan Emma ni dah get ready nak keluar tengok wayang bersama tetapi muncul pulak seorang polis bersama mayat perempuan yang ditemui tadi tu. Austin pulak dalam dilemma sama ada nak keluar dengan Emma atau nak tolong ayah dia sebab polis tu nak report tentang mayat tu esok dan akhirnya Austin memilih untuk menolong ayah dia dan dia janji dengan Emma yang lepas habis saja kerja tu, dia akan terus pegi jumpa dengan Emma.

Mayat yang polis tu tinggalkan berada dalam beg mayat yang warna hitam tu tapi tidak berzip - Oh!, mayat tu tidak berpakaian tau dan cap jari dia tiada dalam rekod polis jadinya depa ni letakkan nama perempuan tu Jane Doe. Lepas tu Tommy dan Austin memulakan autopsi pada Jane tu dan tiada apa-apa kesan pada badan Jane juga mata Jane tu dah jadi warna kelabu menandakan dia dah mati beberapa hari dah tetapi keadaan badan Jane ni macam baru mati saja - Fresh! dan pergelangan kaki and tangan dia patah tapi takdak kesan pun. 




Sebenarnya banyak lagi yang depa dua ni jumpa, kain kecik and lepas tu depa hiris dada Jane dan kemudian ada lalat keluar dari hidung Jane dan sebagainya. Lepas satu persatu yang jadi, aku makin lama makin konfius dan nak tau sapa sebenarnya Jane Doe ni? Ampa tengok sendiri ya selebih tu hahaha, tapi yang mana tak kuat tu disyorkan takpayah tengok sebab melibatkan organ dalaman - Dah buat bedah siasatkan. Ada satu part tu, radio yang depa tengah dengar tiba-tiba tukar siaran dan Austin pulak dia macam dengar something tapi tak pasti apa sebenarnya. 

Macam biasa ending movie aku tak tulis hahaha, sebab nanti tak best laa buat hampa yang tak tengok lagi, bagi spolier sikit-sikit sudah laa nah? Apa-apa pun movie ni memang best dan mind-blowing bagi aku laaa tapi bagi hampa yang dah tengok tu taktau laa macam mana sebab aku ni suka kalau bab movie yang thriller dan misteri nih.



Rating : 9/10 




#Notes.
What is coroner?
-an official who investigates violent, sudden or suspicious deaths.



Have a good day, guys! See you again~

3 comments:

  1. Macam best je... Bal pun memang suka cerita-cerita macam ni. Ada tempat tak nak download cerita ni? Youtube ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius best untuk peminat genre misteri dan thriller. Oh ada, boleh tengok or terus download kat sini : http://kbagi.com/ but make sure to signup dulu.

      Delete
  2. baru baca kat twitter creepyposta pasal movie nie tadi. :D
    macam menarik, tapi kalau filem seram, BV susah sikit nak tengok XD

    ReplyDelete