Monday, May 8, 2017

Random Stories with K-Stories

Assalamualaikum dan hai. 



Alhamdulillah my laptop is back and safe haha. Entri kali ni aku nak menulis tentang beberapa cerita pasal kpop sebab beberapa minggu ni mood seronok tengok drama and reality show korea. So aku dah bagi warning haa, it's about kpop.


Produce 101 Season 2 - male version 



Buat masa sekarang aku tengah syok layan reality show or survival show iaitu Produce 101 tapi yang ni Season 2 punya, yang Season 1 aku tak layan pun just tengok gitu-gitu saja sebab para peserta semua perempuan kan. Untuk season terbaru ini, aku akan layan sampai final episod sebab para peserta semuanya lelaki hahaha - biasalaa kan lumrah kehidupan dimana lelaki minat perempuan dan perempuan minat lelaki. 


Amboi ayat.



Kali ini pengacara wanita iaitu BoA iaitu seorang penyanyi manakala untuk Season 1 dulu Jang Keun Suk - pelakon. Aku taktau laa sebab aku tak tengok yang season lepas punya tapi aku suka sangat BoA nih sebab dia suka bagi kata-kata semangat dekat para peserta.


Oh ! Lupa nak explain kat hampa pasal Produce 101.




Well, Produce 101 ni sebenarnya survival show dimana melibatkan 101 trainees dari pelbagai agensi, contohnya Jellyfish Ent., Pledis Ent. dan sebagainya. Pada permulaan episod, semua peserta kena buat persembahan di depan para pengajar untuk nak tentukan ranking kelas - A to F but the rules to be in A class are quite though walaupun persembahan depa mantap elok but still dapat B or C. 




For next episode, depa kena pilih ahli group dan buat persembahan, battle group performance - jadinya 2 group akan dapat 1 lagu yang sama. Lepas habis ja buat persembahan semua, BoA akan umum 60 orang peserta sahaja yang akan kekal untuk episod seterusnya untuk yang selebihnya akan disingkirkan. 





Pehh sedih weh part ni.

Aku recommend laa kat hampa untuk tengok bukan apa, untuk nak ketahui perjalanan kehidupan untuk nak jadi artis korea yang satu dunia tergila-gilakan ni bukannya semudah muncul di dalam televisyen dan terus mendapat tempat di hati para peminat. Sebelum nak debut jadi artis nih, as a trainee macam-macam dugaan yang perlu dihadapidan salah satunya berjauhan daripada keluarga.

Well, ada manis ada pahitnya gituu.



Three Best Asian Drama - recommended.


Yang pertamanya drama korea iaitu Man to Man yang mana watak utamanya adalah Park Hae Jin. Drama ni adalah drama action + love genre tapi pehh bagi aku memang best sangat, hampa dah boleh start tengok dah sebab sekarang dah episod 5 kalau tak silap aku. 

Tengok tau.




Next, sapa kat sini peminat Princess Hours? Haaa, aku sarankan hampa tengok drama Thailand ni iaitu Princess Hours a.k.a Princess Hours Thai tajuk dia, remake drama Princess Hours sebenarnya. MasyaAllah, dia punya hero tu comel kot hahaha seriously! Dekat youtube dah ada sampai episod 3.

Give it a try okay? 



Last, yang ini aku rasa drama terbaru dan mungkin jugak drama latest yang Oguri Shun berlakon - Crisis. Aku ni memang minat tengok Oguri Shun ni, dengan gaya dia yang cool haha. Aku baru tengok episod 1 petang tadi, best kot action jugak. 

Masukkan dalam list hampa nah!