Tuesday, April 18, 2017

Book Review - Tarbiah Sentap oleh Adnin Roslan

Assalamualaikum dan Hai. 



Untuk entri kali ni aku tulis tentang buku pulak iaitu buku yang sememangnya akan tersentap bila dibaca hahaha - Tarbiah Sentap oleh Adnin Roslan.


Sinopsis;

Untuk siapakah buku Tarbiah Sentap ini?

1 Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah buat dosa. Mungkin dia lupa, yang maksum hanya Rasulullah.

2 Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah bertaubat. Mungkin dia lupa, Rasulullah pun setiap hari bertaubat tak kurang dari 100 kali sehari.

3 Untuk orang yang merasakan umur dia masih muda. Mungkin dia lupa, ajal boleh datang bila-bila.

4 Untuk orang yang terlalu over confident bahawa taubatnya pasti diterima. Mungkin dia lupa, angan-angan dan terlalu over confident adalah seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang amat yakin bahawa mereka akan masuk syurga.

5 Untuk orang yang hanya berpada dengan ilmu yang sedikit tentang taubat, sedangkan, taubat itu mempunyai rukun, syarat, halangan dan pendorong yang perlu kita semua tahu.

6 Untuk orang yang merasakan taubat adalah perkara remeh. Sedangkan, taubat adalah fardu ain ke atas setiap makhluk yang bernama manusia....

7 Untuk mereka-mereka yang nak BEBAS dari maksiat dan dosa, namun dia masih kabur tentang hakikat dosa, dan apakah cara untuk meninggalkannya.

8 Untuk mereka-mereka yang mahu libatkan diri dalam dakwah tarbiah, namun, dia tak nampak, apakah jalan yang sebenar dalam melalui dakwah dan tarbiah ini.

9 Untuk mereka-mereka yang dambakan kebahagiaan dan ketenangan yang baru merangkak ingin menuju hidayah, dan perlukan bimbingan secara terperinci.

Dan....

10 Untuk diriku sendiri, yang masih banyak cakap tak serupa bikin.



The Book;







My point of view;

First time aku mula baca, memang betul-betul sentap sebab kena dekat batang hidung sendiri. Buku Tarbiah Sentap ni memang aku recommend sangat untuk hampa nak baca, memang ada tentang kehidupan diri kita sendiri jugak - untuk yang belum baca lagi laa. 
Seriously ada part yang menusuk kalbu sampaikan aku sendiri teriak.




Ada jugak part yang 'sentap', part pasal kpop hahahaha - sebab aku kan memang minat kpop tapi its ok sebab aku hadamkan sebagai pengajaran serta peringatan, well untuk kebaikan diri sendiri jugak.

Untuk sesiapa yang terasa dengan entri ni aku mohon maaf sebab aku cuma nak reviewkan saja buku ni dan untuk yang tak beli lagi, again aku recommendkan untuk beli. Kat sini aku nak tulis - beli buku ni bukan boleh terus berubah, ambik masa jugak nak berubah even tak banyak but sikit demi sedikit.





"Kadang-kadang, ummah hari 
ini perlu di beri sentapan, 
agar, mereka yang lalai di buai mimpi, 
kembali bangkit menjadi singa!" - Tarbiah Sentap



16 comments:

  1. buku ni quite popular kan but lenne banyak baca mixed reviews so ntah lah nak baca ke tak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup and dah nak keluar edisi ke 3 dah, try la baca nanti ^^

      Delete
  2. suka dengar penjelasan ustaz adnin berkenaan makna sentap: bukan content dakwah but response org yg didakwah tu sendiri.

    nasihat tu semua just menyatakan benda yg nyata, and in response kita rasa 'eh betullah' sebab kadang kita sendiri tak sedar kita buat benda tu.

    even gaya penulisan santai, mmg terasa cam ustaz adnin bercakap dgn kita thru this book :)

    ReplyDelete
  3. Saya okay ja dengan tarbiah sentap ni. Tapi tak tahu kenapa some people really against this book. Dia cakap kalau nak berdakwah biar kena cara etc. Masalahnya, kalau kita memang buat benda yang salah, terima sahaja sebagai teguran. Tak payah nak sentap lebih sangat. Emo pula bila baca tweets orang kadang2.

    jemput join segmen pertama saya :)
    https://anothersyed.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, betul tu. sebenarnya depends pada diri sendiri yang baca tu sama ada nak terima atau tak.

      Delete
  4. Kadang-kadang rohani kita juga perlukan makanan...Untuk yang selalu lupa dan leka :)

    ReplyDelete
  5. I read this! Lupa tajuk dia apa and serius, truly mmg tarbiah sentap. A friend taknak baca sbb tak mampu katanya terasa sentap sgt. It is so sentap but I guess that is the whole point of the book actually.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, samalaa kita tak mampu but teruskan jugak even teriak.

      Delete
  6. Aku pernah baca sekerat. Dia punya deep tu bertingkat2. Rasa nak tutup muka

    ReplyDelete
  7. akak dah baca buku ni.. memang terbaik,... dan byk juga koleksi buku dr tarbiah sentap...

    ReplyDelete
  8. Dah ada 😄 Buku ni memang thorbaik 👍

    ReplyDelete