Tuesday, January 3, 2017

RASAI KELAINAN DENGAN MENONTON DRAMA KOREA TERBARU, GOBLIN

Assalamualaikum dan hai



Kali ni aku nak tulis pasal drama korea terbaru, tak baru sangat pon sebab sekarang dah episod 10 iaitu Goblin atau tajuk lainnya adalah Guardian : The Lonely and Great God - orang korea sebut; Dokkaebi.

Wah tajuk untuk entri kali ni bukan main gempak lagi hahaha, tetapi betullah drama Goblin ni memaparkan jalan cerita yang menarik yang unik daripada drama-drama yang aku dah tengok sebelum ni kecuali drama W - Two Worlds ( unik jugak ).

Sebelum drama ni ditayangkan, tvN akan tayangkan trailer dulu and tak dinafikan yang trailer drama ni memang menarik. Bayangkanlah ada Gong Yoo dengan Lee Dong Wook sebagai teraju utama and Gong Yoo tu aku dah lama jugak minat dia sejak Coffee Prince lagi dan for sure Lee Dong Wook sejak drama My Girl. 


Dan masa yang dinantikan telah tiba, episod 1 dah ditayangkan kat tvN and tunggu apalagi memang aku duduk and kawal laa masa tu sebab drama ni punya pasal hahaha. Drama ni bagi aku jalan cerita untuk setiap episod sangat menarik serta tak membosankan juga aku sendiri tak jangka benda yang nak berlaku dan aku mesti akan tertunggu-tunggu ; "Apa akan jadi lepas ni?" "Wah taksabarnya nak tengok next episod". Kalau selalunya macam; "Haa satgi mesti dia jadi macam tu" blah blah blah tapi drama ni dak.


Sebelum tu aku perkenalkan dulu watak-watak penting dalam drama ni.


Gong Yoo sebagai Goblin / Kim Shin
Lee Dong Wook sebagai Grim Reaper
Kim Go Eun sebagai Ji EunTak ( boleh nampak roh )
Yoo In Na sebagai Kim Sun / Sunny
Yoo Sung Jae sebagai Yoo Deok Hwa


Special Appearances

Kim Min Jae sebagai Wang Yeo iaitu Raja
Kim So Hyun sebagai Kim Sun iaitu Ratu




Aku tulis sikit kat hampa pasal drama ni (aku tulis ringkas-ringkas jaa) dimana untuk episod 1 bermula dengan ; Zaman dahulu, Kim Shin ni tengah berperang dan lawan punya lawan dia pun menang akhirnya. Bila dah menang, dia pun balik ke istana untuk berjumpa dengan raja (raja muda) tetapi yang sebenarnya raja ni takmau jumpa Kim Shin ni. Raja tu kata "Kalau kau datang dekat kepada aku, aku akan bunuh salah seorang ahli keluarga kau" ayat dia lebih kurang tu laa.

Pada masa yang sama, ratu waktu tu berdiri di depan raja and cakap kat Kim Shin ni "Pergilah abang, jangan peduli/risaukan saya." dan Kim Shin pun terus melangkah mendekati raja and ratu automatik kena panah and mati. Bila dah sampai depan raja tu, Kim Shin ditikam dan mati, lepas tu orang kanan raja ni arahkan untuk buang Kim Shin ni kat satu tempat tu dan jangan sesiapa pun berani sentuh mayat Kim Shin tu kalau sentuh ada padahnya. 

Bila dengar arahan tu, orang-orang Kim Shin dengan keluarga dia hanya mampu berdoa and tengok saja Kim Shin tu. Lama jugak mayat Kim Shin terbiar kat situ sampai bunga dengan rumput dah tumbuh banyak kat situ. 







Orang kata, setiap apa yang kita lakukan ni mesti ada balasankan? Jadinya, Kim Shin ni dihidupkan balik (mungkin untuk balas dendam) dan jadi sangat berkuasa tapi dia tak tenang laa sebab dia akan terus hidup serta pedang yang ditikam tu tak boleh di cabut malah diri dia sendiri pon tak boleh kecuali seseorang yang telah ditakdirkan untuk jadi isteri kepada Goblin ni dan orang itu adalah Ji Eun Tak dan Kim Shin ni akan jadi debu sebaik saja pedang tu dicabut.





_____________________





Ok aku tulis takat tu dulu, insyaallah kalau ada masa lebih di lain hari aku tulis lagi untuk jalan cerita yang seterusnya. So far dari episod 1 sampai 10 yang aku dah tengok ni, boleh aku simpulkan yang Lee Dong Wook ni adalah kelahiran semula raja dan Sunny ni kelahiran semula ratu ( mungkin ada yang tak faham dengan apa yang ditulis) - Tunggu apa lagi, cepat tonton/downoad drama Goblin ni atau tunggu aku tulis sambungan nanti ya. Oh ya aku part yang lawak time Gong Yoo ni bergaduh dengan Dong Wook and chemistry/lakonan para pelakon pun terbaik dan mantap.

10 comments:

  1. goblin ni memang most fav kdrama takat ni!

    ReplyDelete
  2. goblin mmg the best and I love W too! xD

    ReplyDelete
  3. Yeah.. One of My fav K drama. ✌

    ReplyDelete
  4. memang best drama ni dan saya suka tengok Kim Go Eun berlakon :)

    ReplyDelete
  5. lahaiii tak sempat lagi nak tgk drama nih..last ritu tengok scarlet haerat ryeo..tu pun ada yang terskip...

    ReplyDelete
  6. Macam best je citer ni... nanti nak tgk lah!

    ReplyDelete
  7. Hehehe.. seb bek akak tak minat sgt cite korea skrg.. kalau tak mesti nak tonton jugak ni..

    ReplyDelete
  8. Baru tengok sampai episod 10 juga.. memang best..

    ReplyDelete