Thursday, November 10, 2016

SHORT STORY : PERGI

Assalamualaikum dan hi.


Characters :
Yeontae 

Doha




Balik lewat dari tempat kerja bukanlah pilihan utama Yeontae tetapi kerana dibebani oleh tugasan-tugasan yang diberikan oleh bosnya itu, dia tiada pilihan lain selain daripada stay di pejabat sampai jam 10 malam.


‘Akhirnya, siap jugak kerja aku.’kata Yeontae sendirian.


 Dia kemudian mengemas barang-barang yang berselerak di atas meja dan terus mencapai beg silangnya itu, menuju keluar dari pejabatnya.


‘Alamak hujan pulak dah. Ah tak kisah la, aku kena balik jugak.’rungut Yeontae.




Setelah sampai dirumah sewanya yang dihuni bersama kawan baiknya iaitu Doha, Yeontae kemudian bergegas untuk membersihkan dirinya.


Selesai saja membersihkan diri, Yeontae menuruni anak tangga dan terus menuju ke dapur.


“Eh Doha, bila kau sampai?”tegur Yeontae pada Doha yang sedang menjamah mee goreng.


Doha tidak memberi apa-apa reaksi padanya malah tidak memandangnya langsung.


Pelik.


Murung ja Doha hari ini.


Namun Yeontae membiarkan saja.


Sebaik saja Yeontae duduk dan di hadapan Doha, Doha tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan menuju ke sinki lalu meletakkan pinggannya itu.


“Ha kau nak ke mana pulak tu, Doha?”tanya Yeontae hairan dengan tingkahlaku Doha hari ini.


Doha tidak menjawab pertanyaan Yeontae dan terus menaiki anak tangga menuju ke biliknya.


Membiarkan Yeontae keseorangan di belakang.




Selesai saja makan, Yeontae singgah dan berehat dahulu di ruang tamu sambil menonton rancangan kegemarannya Running Man dan waktu itu jam menunjukkan pukul 3 pagi.


15 minit kemudian dia terdengar seseorang menuruni anak tangga dan apabila dia berpaling, Doha sedang menuju kearahnya kemudian duduk disebelahnya.


“Doha, asal kau macam murung ja nih? Ada masalah ke?”tanya Yeontae sambil memusingkan badannya memandang Doha.


Tanpa disedari, airmata Doha mula mengalir laju membasahi pipinya.


Yeontae terkejut lalu berkata, ‘Eh Doha, kenapa ni?’


“Yeontae, maafkan aku. Aku tak sepatutnya marah kau tadi weh. Aku tak sengaja.”kata Doha tiba-tiba sambil tersedu-sedu.


“Ah pasal pagi tadi tu aku ok je bro. Rilek la, aku tak kisah pon.”balas Yeontae bersahaja.


“Yeontae, tolong maafkan aku. A-Aku m-”


“Eh kau ni dah dah la tu minta maaf. Aku dah lama maafkan.”Yeontae bersuara dan kemudian mencapai remote control untuk menukar siaran ke TV3 untuk menonton berita.




Kemudian ..



Berita terkini;  seorang lelaki berusia 27 tahun, Jung Yeontae maut di tempat kejadian apabila motosikal yang dinaikinya terbabas.”ulas pembaca berita tersebut.



“Yeontae.”





Kini Yeontae faham masalah Doha.



Dia tahu



Kenapa Doha murung.



Dan



Kenapa Doha tidak mahu bercakap dengannya.



Kerana


Aku


Aku dah



Pergi.




THE END.




10 comments:

  1. plot twist, ingatkan Doha yang mati ;'<

    ReplyDelete
  2. Ingatkan Doha yang hantu tadi ><

    btw, #SayaTungguLouoonUntukJadiCastCeritaRii

    ReplyDelete
  3. girl ur so wicked! got me fooled..

    ReplyDelete
  4. Another plot twist. Hahaha. Teruskan berkarya fii. nak lagi...

    ReplyDelete
  5. jiwa seni tul rii ni... berdebar2!!

    ReplyDelete
  6. Half way. Ok ni cerita hantu doha ni.

    Ending plot twist betul.

    ReplyDelete
  7. short story yang membuat Nas berdebar-debar.. waduhh!!

    ReplyDelete