Sunday, November 20, 2016

7 DAYS 1 WEEK - A BOOK REVIEW

Assalamualaikum and hi.




Bertangguh jugak aku pasal blog challenge nih hahaha nak buat macam manakan kadang-kadang sibuk and kadang tu lupa, lumrah hidup manusia.







CREEPYPOSTA; Ok aku nak tulis pasal A Book Review iaitu buku creepyposta nih. Tengok tajuk pun dah tau buku ni genre apa hahaha, yeah seram. Buku ni hasil daripada Jeffrey Zain dan sebelum buku ni di terbitkan creepyposta ni agak popular jugak kat twitter, hampa boleh follow akaun twitter dia dengan nama yang sama iaitu @creepyposta.  Dalam buku ni ada tajuk-tajuk kecil antaranya ;


#SERUHANTU
#DIRASAYANGDORA
#SELFIE
#ALFATIHAH
#TAG
#FAEZIBRAHIM
#BUAHDADULANA
#MANAFONAKU







Itu antara tajuk-tajuk kecil dalam buku tu laa, aku takmau la nak list pepanjang haha, nak tau lagi hampa kena beli. Buku ni waktu aku nak beli memang rezeki aku sebab tinggal sebuah ja, nasib baik takdak orang lain ambik kalu dak memang melepas laa aku dan satu lagi buku ni memang laris sangat and selalu habis.

Semua tajuk-tajuk kecil tu memang ada hashtag (#) and agak misteri juga ada yang lawak + jalan cerita yang ada plot twist dalam buku ni. Apa-apa pun, buku ni memang sangat menarik and best untuk dibaca bagi aku yang sememangnya peminat genre seram.



Jom baca sikit sinopsis ringkas pasal buku ni;



Setiap helaian akan menghantui anda.




Ibu mengandung, pesakit jantung dan pengecut dinasihatkan 

untuk tidak membaca buku ini.



Juga, jangan baca separuh jalan. Kerana selagi anda belum 
baca sehingga ke halaman terakhir buku inim ‘dia’ akan mengikuti 
setiap gerak langkah anda – menuntut anda untuk membaca 
sehingga tamat.


CREEPYPOSTA adalah koleksi cerita seram yang dikutip 
daripada dunia yang tidak nyata (dari media Wattpad).





Aku tak sure pasal ‘dia’ tu real or apa, tapi buku ni aku ambik masa sehari ja untuk habiskan sebab memang aku takboleh stop baca hahahaha.




So apa tunggu lagi, pi beli sebelum terlambat hahaha. Selamat membaca guys :)




Adios, sviors.

3 comments: