Saturday, October 22, 2016

SHORT STORY : FRIEND REQUEST


Assalamualaikum dan Hi.


1. A short and simple story.
2. Penulisan aku biasa saja, hanya sekadar bacaan di waktu lapang.
3. Maaf jika pembacaan hampa terganggu/ tidak menyenangkan kerana penulisan ini.
4. Enjoy reading.






Characters :

Xiao and Jimin

 


Seperti biasa, setiap malam sebelum tidur Xiao pasti akan log in akaun facebook miliknya. Pertamanya dia akan check perkembangan terkini dan kemudian dia akan like ataupun komen pada status kawan-kawannya.


Ketika dia sedang sibuk mengscrollkan timeline facebooknya, tiba-tiba muncul satu friend request dari seseorang yang tidak dikenalinya.




Jimin wants to be your friend



"Jimin? Sapa pulak dia ni?"tanya Xiao sendirian. Tanpa berfikir panjang Xiao menerima friend request dari Jimin.


Keesokkan harinya, Xiao pergi ke kolej seperti biasa dan memasuki kelas pertamanya iaitu kelas Encik Joon. Sedang Xiao menyalin segala nota yang ditulis oleh Encik Joon, telefon bimbitnya bergetar menandakan ada notification yang diterima.


Xiao kemudian mengeluarkan telefonnya dan mendapati Jimin menghantar chat kepadanya. Xiao membuka chat tersebut lalu membalasnya.



Jimin : Hi Xiao, terima kasih sebab accept request saya.


Xiao : Hello. No hal la bro.

Jimin : Awak ada kat mana?


Xiao : Aku ada kelas ni. Nanti sambung ya.


Jimin : Ok. Maaf ganggu.



Jimin offline




Jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam dan Xiao masih leka mentelaah akaun facebooknya. Tanpa disedari, chat dari Jimin muncul dan Xiao segera membalasnya.



Jimin : Hi Xiao.


Xiao : Hi Jim.


Jimin : Awak tengah buat apa tu? 



Xiao : Tak buat apa sangat pun. Tengok facebook ni ha.



...........


Selalunya Xiao da Jimin akan berchatting sehingga jam 1 pagi, bagi Xiao dia selesa berchatting dengan Jimin. Lagipun, Hari demi hari Jimin sentiasa ada bersamanya. Kadang-kadang jika Xiao menghadapi sesuatu masalah, Jimin lah tempat dia mengadu.


Kini sudah dua bulan Xiao dan Jimin berkenalan sesama mereka dan hubungan mereka sangat akrab, tetapi hanya ada satu masalah di antara mereka di mana mereka di pernah bersua muka.


"Mungkin inilah masanya untuk aku berjumpa dengan dia."kata Xiao sendirian.


Tanpa membuang masa, Xiao membuka akaun facebooknya dan terus chat Jimin.




Jimin online


Xiao : Jimin.



......

Xiao : Jimin?



......

Xiao : Jimin, jom kita jumpa malam ni?




......


Jimin offline



Xiao hairan, kenapa Jimin tidak membalas chatnya dan terus offline. Xiao kemudian membuka page akaun facebook milik Jimin. Kehairainan Xiao semakin bertambah diselang-seli dengan degupan jantung yang berdegup kencang apabila dia membaca setiap wall post dari kawan-kawan Jimin di akaun facebook Jimin.




Jung Hoseok post : Jimin, we miss you. 25 minutes ago



Shin Namjoon post : RIP Jimin... 1 day ago



Wang Jackson post : My dear friend, rest in peace. 2 days ago



Kim Jongin post : R.I.P, we love you Min 4 days ago





"Rest in peace? Apa semua ni?"Xiao semakin bingung. Dan tiba-tiba chatnya dibalas.



Jimin online


Jimin : Xiao.


Xiao : Jimin, kau kat mana?



Jimin : I'm on my way to you.



Xiao : Jimin?



Jimin : Wait for me...





Xiao ingin membalas chat Jimin, tiba-tiba lampu di rumah terpadam dan hanya cahaya dari laptopnya sahaja yang menerangi Xiao.





Jimin : Xiao, I'm here.


Xiao : Here, where?




Tiba-tiba, bahu Xiao dipegang seseorang dari belakang dan "Xiao, I'm here."bisik Jimin di telinga Xiao.





Sesungguhnya, Xiao tidak boleh berpatah balik.




Xiao menyesal kerana menerima friend request tersebut.






THE END

10 comments:

  1. Seramnyaaaaa cerita ni!! Tak sangka pulak lah Jimin hantu. Ingatkan happy ending. Seram ending rupanya.

    Btw, nice one! Keep it up 😍👍

    ReplyDelete
  2. @Siqah Hussin : Hahaha kan, tulaa main accept ja. Thanks Siqah sudi baca :)

    ReplyDelete
  3. @faten.banana : hahaha, thank you

    ReplyDelete
  4. wehh best short story awak ni saya boleh bayangkan macam tgk movie pulak 😅😅
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Ada banyak je movies cerita camni before ni but aku tak ingat apa nama dia nanti aku search balik. Either thai/taiwan/english

    ReplyDelete
  6. @Fhatin Amelia : Hahaha, mmg ada movie macam ni.

    ReplyDelete
  7. @Anonymous : Ada-ada, thai kot aku rasa.

    ReplyDelete