Assalamualaikum dan hi
1. A short and simple story.
2. Penulisan aku biasa saja, hanya sekadar bacaan di waktu lapang.
3. Maaf jika pembacaan hampa terganggu/ tidak menyenangkan kerana penulisan ini.
4. Enjoy reading.
Jam di dinding menunjukkan pukul 11.30 malam dan Jun masih lagi tidak tidur. Bagi Jun, pukul 11.30 malam masih awal lagi untuk tidur. Tidak seperti roommatenya iaitu Hansol yang sudah tidur sejak petang tadi.
Selalunya Jun akan tidur pada pukul 1 atau 2 pagi kerana dia lebih gemar mengulangkaji subjek yang dibelajarnya di kelas pagi.
Hanya lampu meja saja yang menerangi Jun yang masih lagi menyiapkan assignment diberikan oleh Encik Wei pagi tadi. Sedang dia leka menyiapkan assignment tersebut, Hansol tiba-tiba menegur Jun.
"Jun."panggil Hansol tiba-tiba tanpa memandang Jun.
"Eh kau ni, terkejut aku. Lain kali bukak lampu dulu, ini tak."balas Jun dengan nada yang serius kerana terkejut akan panggilan Hansol.
"Ha kenapa panggil aku?"sambung Jun lagi.
"Teman aku pergi bilik air."balas Hansol lalu berdiri dan menuju ke pintu.
"Lah, nak pergi bilik air pun nak berteman ke? Lelaki ke perempuan kau ni Hansol. Ha jom cepat."Hansol membuka pintu tersebut dan menuju ke bilik air dan kemudian diikuti Jun.
Setelah hampir 10 minit menunggu, akhirnya Hansol keluar dari bilik air.
"Lama betul kau membuang Hansol."tegur Jun.
Hansol hanya berdiam diri sahaja dan berlalu kembali ke bilik mereka tanpa membalas teguran Jun. Jun berasa pelik dengan perangai Hansol hari ni kerana Hansol akan membidas balik kata-katanya apabila ditegur begitu.
"Mungkin dia penat atau ada masalah kot."desis Jun sendirian.
Apabila mereka sampai di bilik, Hansol kembali ke katilnya dan tidur manakala Jun menyambung kembali assignmentnya.
Kini sudah pukul 2 pagi dan Jun sedang mengemas segala buku-buku dan alat tulisnya untuk beransur dari mejanya ke katilnya untuk tidur. Sebaik saja, Jun menghempaskan dirinya di atas katil, Hansol sekali lagi memanggilnya.
"Jun."panggil Hansol, pendek.
"Kau ni kan. Apa?"marah Jun. Sekali lagi dia terkejut oleh panggilan Hansol.
"Teman aku pergi bilik air."balas Hansol dan mereka kemudian keluar menuju ke bilik air.
Lebih kurang 15 mint baru Hansol keluar dari bilik air. "Hansol, kau ok ke tak ni? Pucat ja aku tengok."tanya Jun, dia risau apabila melihat wajah Hansol yang pucat sebaik saja keluar dari bilik air.
Hansol mengendahkan pertanyaan Jun dan berlalu ke bilik mereka dan terus tidur di katilnya manakala Jun pula kembali ke katilnya lalu mencapai handphonenya.
"Aik, Hansol asal kau call aku ni? Kau bawak handphone kau eh waktu pergi bilik air tadi?"tanya Jun tiba-tiba.
Jun hairan kenapa Hansol menelefonnya sedangkan mereka ada bersama tadi. Namun tiada jawapan dari Hansol. Hansol yang tidur dan membelakangi Jun tidak memberi apa-apa reaksi.
Kemudian handphone milik Jun berdering dan Jun memandang nama pemanggil tersebut lalu berkata "Kau ni Hansol, kot ye pon nak sembang dengan aku janganlaa macam ni."
"Dah la aku nak tidur, esok ada kelas. Malas aku nak layan kau, jangan kacau aku."sambung Jun lagi.
Tidak sampai 5 minit Jun pejamkan matanya, telefonnya bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Sebaik saja Jun membaca mesej tersebut, hatinya kini berdegup kencang.
From : Hansol
Jun, aku call kau banyak kali tapi kau tak angkat call aku.
Aku ada kat kampung aku ni, Perak. Nenek aku sakit.
Aku nak bagitau kau petang tadi tapi tak sempat.
"Habis kat depan aku ni sapa?"kata Jun sambil memandang katil di hadapannya dan kemudian dia menarik selimutnya sehingga menutup kepalanya.
Kemudian dia terdengar seseorang memanggil namanya di hujung kepalanya.
"Jun"
Jalan cerita agak predictable, tetapi berjaya diolahkan dengan baik, dan berjaya tarik pembaca untuk membaca sampai ke titik akhir. Congratulation svior. Keep it up, tulis lagi, mai suka baca. (^_^)
ReplyDelete@Noor Maizan : Terima kasih, Mai :)
ReplyDeleteJun handsome. Hahaha. Takmau masuk toilet malam ini ><
ReplyDelete@Amira : Hahaha, kan. Jangan macam tu hahaha
ReplyDeletekalau baca waktu memalam..naik seram jugak walau...keep it up
ReplyDeletelel.. duppy hansol has toilet fetish..
ReplyDelete