Monday, April 17, 2017

Making #FanArt; Part Three

Assalamualaikum dan hi. 


Banyak hari juga dan mungkin berminggu dah aku tak update entri apa-apa kat blog ni, hahaha biasalah kalau dah malas serta takdak idea/mood nak menulis apapun tak jadi haa. Untuk kali ni aku buat sedikit tutorial or cara aku buat #fanartkpop - aku panggil fanart jelaa sebab taktau nama apa, abaikan.




1. Mula-mula sekali, macam biasalah kena bukak Adobe Illustrator dulu. Kemudian p dekat File - New dan akan keluar satu dialog box. Yang mana yang aku highlightkan tu, hampa pandai-pandai laa ubah/ejas mengikut kesesuaian.



2. Lepas tu, sekali lagi klik kat File - Place dan kemudian pilih laa gambar yang hampa nak guna tu.



3. Sebelum nak mulakan kerja ni, make sure dalam hampa punya Adobe tu ada bahagian Layer ( rujuk gambar di atas ) - sebab dengan adanya bahagian Layer tu senang untuk nak control buat fanart nih.
**notes - simbol manga kunci tu untuk lockkan layer



4. Satu lagi, pastikan lock dulu pada layer gambar, kemudian klik simbol Create New Layer ( rujuk gambar di atas ) untuk mulakan kerja nih. Untuk nak mula buat outline pada gambar, klik pada simbol pen @ Pen Tool ( P ) @ klik terus huruf P kat keyboard tu.



5. Pastikan jugak pada bahagian color ( rujuk gmbar di atas ), hanya outline sahaja yang ada warna. Kemudian dah boleh start buat line ikut gambar, kalau hampa rajin boleh laa buat ikut warna - contoh macam color rambut untuk gambar yang aku guna ni.



6. Bila dah siap buat line semua untuk gambar tu, macam ni laa hasilnya. Mula tu memang nampak hodoh/tak kemas but bila dah di warnakan memang cantik laa haha.



7. Untuk bahagian mewarna pulak, mula-mula klik pada mana-mana bahagian yang hampa dah buat tadi ( rujuk gambar di atas ), kemudian cari simbol Eyedropper Tool (I) @ terus tekan ja huruf I di keyboard.




8. Buat cara yang sama jugak untuk bahagian-bahagian lain dan this is the final result!




Selamat mencuba and have fun !