Assalamualaikum and hi everyone.
HAPPY NEW YEAH!
Berhabuk bersawang ya blog ni dan lama gilaa aku tak update blog aku ni. Mana laa aku nak cari KERAJINAN aku macam dulu. Serius, dulu rajin sungguh update itu ini, ada saja benda nak taip tuh. Aku harap tahun baru ni, boleh laa serba sedikit aku aktifkan balik blog kesayangan aku ni.
Let me continue with my 2025 recap,
BEST Tamil Movies on Netflix!
Movie ni yang aku selalu ulang laa, best gila dan tolong laa tengok. Semua ni action movie laa, kalau bab lawan dengan penjahat tu memang mantap lah. My top 3 jugak movie-movie nih.
JAAT;
This one, movie comeback Sunny Deol aku rasa.
Sunny Deol ni dia sebagai sosok misteri yang datang ke sebuah kampung dimana orang-orang kat situ sangat takut dengan Ranatunga. Even polis dalam movie ni tunduk kat Ranatunga ni, memang jahat gila dan kejam. Bukan setakat Ranatunga tapi isteri dia pon kejam ya, sama naik ja laki bini nih.
Aku takmau nak tulis panjang-panjang, cukup sekadar pembuka/ringkasan cerita sahaja. Apa-apa pun, hampa boleh p tengok sendiri di Netflix.
Oopps! Sambil aku dok menaip ni pon, aku pasang movie JAAT ni.
BAGHEERA;
Kisah seorang budak lelaki; Vedanth yang nak jadi hero untuk lindungi orang yang teraniaya dan bila besar, he ends up as a police. Pada mulanya, dia jadi seoragn pegawai polis yang memang patuh arahan dan menolak semua rasuah yang diberi tetapi ada satu kejadian yang sangat meluluhkan hati yang mengakibatkan dia berubah. Dia berubah macam mana?
Haa, hampa kena tengok sendiri lah kesudahannya.
Haa, hampa kena tengok sendiri lah kesudahannya.
THEY CALL HIM OG;
Movie ni aku suka sangat, bila hero dia OG tu berlawan...dia punya muka tu takdak perasaan pun dan cara dia berlawan tu sangat kejam ya, aku puas hati. OG ni dibesarkan di Jepun so basically, bersama dengan dia akan ada sebilah pedang lah.
Aku sarankan untuk hampa tengok jugak movie ni, best weh!
ACHIEVEMENT on 2025

Alhamdulillah, di umur 30 tahun aku dapat kerja tetap. Syukur Alhamdulillah, setelah sekian lama. Yakinlah dengan rezeki Allah, ada weh. Kadang tu aku persoal jugak kenapa itu dan kenapa ini tetapi pada akhirnya aku berbalik pada rezeki. Ada orang rezeki dia awal, ada orang rezeki dia lambat. Walau bagaimanapun syukur sekali lagi.
Aku doakan buat yang mana tengah cari kerja tu, semoga dipermudahkan segala urusan anda semua. InsyaAllah, Aamiin.
For now, ini saja dulu yang aku tulis. After this aku nak story pasal flow kerja aku, satu persatu. Kerja pertama aku sampai sekarang.
SEE YA!



