Tuesday, January 3, 2023

Short Story of 2021 and 2022, Aku VIRAL

 



Assalamualaikum and hellooooo guys!

Orang kata dah berhabuk ya blog aku ni, setahun dah aku tak update sejak mak aku meninggal dunia. Ya, untuk pengetahuan hampa, mak aku dah tiada dah meninggal dunia pada 30 Disember 2021 dan kini dah masuk setahun dia tinggalkan kami semua. 

Mak kan, rindu sebenarnya tapi yang hidup ini harus teruskan kehidupan.

Al-Fatihah.


Going VIRAL!

Aku sebenarnya tak sangka yang dengan aku lukis biasa-biasa guna Microsoft Excel ni nak jadi viral, betul. Meh aku terang sikit 'Why Microsoft Excel?!' Aku start melukis guna Microsoft Excel ni sebab dulunya aku guna laptop secondhand yang agak murah dan tak mampu nak install perisian seperti Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop sebab perisian tu berat,

dan dalam masa yang sama, aku ni jenis suka melukis secara digital. Bukan melukis sangat pon just suka guna Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop, memang dua ni favourite aku. Jadi bila takdaknya dua benda ni dalam laptop aku, aku kena cari something untuk aku lukis dan aku teringat ada sorang uncle dari jepun ni iaitu Tatsuo Horiuchi yang melukis guna Microsoft Excel.

dan situlah bermulanya pencarian aku, hahahaha.


Jadi kat bawah ni ada beberapa artikel yg menulis pasal art yang aku lukis guna Microsoft Excel tu, The KTM Tasek Gelugor. Boleh laa kot-kot berminat nak baca hahahaha.


























Guys, thank you so much for the write-up!!!
Love you guys!