Assalamualaikum dan hellooo!
Kali ni aku nak cuba untuk review buku pulak nah, sebelum ni asyik dok review lagu dengan filem-filem saja takpun drama korea. Jom cuba kelainan pulak.
Karya : ANJELL
Terbitan : KARYA SENI
Dikejar kucing!
Versi kedua pertemuan mereka.
Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-Clorox! Yang muncul di depan kini umpama putera raja turun dari kayangan.
Kacak maut!
dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.
Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai sepasang kekasih jadian.
"After all, until the cruise ends, I'm all yours." - Eskandar Arasyah
Ya... Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu.
Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya : Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu membuatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya.
No access.
Bagi Dara, tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia tidak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukan Dara berpegang pada kata-katanya itu?
___________________________________________________
Dari sudut aku;
Aku dah baca dua karya ANJELL ni (Dheos; review coming soon) dan ya dua-dua buku ni mempunyai jalan cerita yang menarik bagi aku. Plot-twist di setiap buku jugak tidak ketinggalan, dan yang seronoknya plot-twist tu benda yang aku tak jangka.
Aku sebenarnya suka akan watak Eskandar ni sebabnya, dia ni bukanlah seorang yang betul-betul sombong mendabik dada semua tu, sebenarnya boleh aku katakan yang Eskandar ini adalah seorang yang cool, pendiam dan suka bersendirian (buat hal sendiri). Pada masa yang sama jugak, dia boleh jadi sweet, manja dan caring pada seseorang yang dia suka (mungkin ya).
Bila dah lama sikit baca, aku dah tau si Eskandar ini bukanlah dari golongan orang yang biasa-biasa ya dan dia jugak tersangatlah misteri. Aku suka sangat vibes misteri yang penulis gambarkan tentang Eskandar ni, he's not a simple person. Sukar untuk ditafsir, sukar jugak untuk 'ditembak'.
Dara Nailufar; Wow, what a unique name, cantik! Karakter seorang Dara ni pun aku suka jugak sebab dia ni bukan jenis yang gedik-gedik atau terlalu manja. Bagi aku, dia ni seorang yang senang berkawan dengan orang, senang mesra gitu -seperti mana dia mudah mesra dengan Audi walaupun baru kenal. Dara jugak bukanlah wanita yang lemah, she is very strong and independent woman.
Love that!
Antara karakter-karakter lain yang ada dalam buku ini adalah -
Audi - Perkenalannya dengan Dara bagaikan anjing dengan kucing tapi lama-kelamaan hubungan mereka bertukar menjadi sahabat baik yang selesa untuk berkongsi masalah diantara satu sama lain.
Sera - Love her character too tho and trust me, she's a good and kind woman.
Adri - Dara's past.
dan tak ketinggalan, Fendi.
Kemunculannya membuatkan Eskandar tidak senang duduk dan Dara tertanya-tanya. Siapakah Fendi? Apa kaitan diantara dia dan juga Eskandar serta Dara?
Favourite lines.
Being broken is an accident. But to stay in it is a choice.
"We all have poems inside of us that paper cannot handle." - Eskandar
In reality,
mungkin kita pernah terbaca kisah-kisah 'ketidaksempurnaan' orang lain yang agak berat untuk diterima akan tetapi bersediakah kita untuk menghadapi ketidaksempurnaan yang ada pada seseorang yang sangat kita sayangi dan ianya tidak pernah kita terbayang, tidak pernah terdetik dalam hati kita bahawa benda ini akan terjadi pada diri kita sendiri.
Mampukah?
atau pada akhirnya akan terjadi,
'walaupun sepuluh kebaikan mahupun seribu kebaikan yang kau pernah buat, akan tetapi satu keburukan yang kau buat, seumur hidup orang akan ingat'.
Rate : ✰✰✰✰✰
Why? Because I really enjoy reading it. It's not too simple, not too cliche. The story line was so good!