Just some of my thoughts ...


Assalamualaikum dan hello.

Memandangkan aku tak boleh tidur sekarang taktau kenapa dan jam dah pukul 2.46 pagi, aku buat keputusan nak update satu entri baru. Mungkin entri ni pendek dan boleh jadi panjang, entahlaa ikut kerajinan aku sampai mana sebab macam-macam yang ada dalam fikiran aku sekarang untuk aku luahkan, hahaha.

1. Just discover an old korean song, Timeless.

Lagu yang aku baru jumpa ni lagu dalam bahasa korea tapi lagu ni sebenarnya remake lagu nyanyian Kelly Clarkson ft Justin Guarini yang tajuknya jugak Timeless. Baru jumpa kemarin weh and lagu ni best sebenarnya -mungkin pada aku yang jenis suka muzik jenis macam ni which is a sad song actually. Untuk lagu versi korea ni dinyanyikan oleh Zhang Li Yin ft Xiah Junsu dan lagu ni release pada tahun 2009. Sedih jugak tengok music video untuk lagu ni and music video untuk lagu ni ada Part 1 and Part 2 tau. Aku suka dua-dua versi lagu ni.

Untuk yang nak try dengar boleh klik kat bawah ni.




2. I have put cbox back in my blog!

Well aku decide nak letak balik cbox tu sebab nanti bila hampa blogwaking di blog aku, hampa boleh tinggalkan URL blog hampa dan pada masa yang sama aku boleh terjah blog hampa balik + follow (untuk yang aku tak follow lagi). Bagi aku, bukan saja tinggalkan komen malah tinggalkan jejak or leave some messages dekat cbox ni boleh menaikkan lagi semangat untuk berblogging dan satu lagi rasa best dan dihargai sebab ada rakan blogger yang sudi singgah terjah blog aku yang tak seberapa ni, Alhamdulillah dan terima kasih aku ucapkan.

Jangan lupa tinggalkan jejak hampa di cbox blog ni ya. Haha.



3. Be an active blogger -blogwalking, leaves comments and join any giveaways + segments.

Tahun 2018 ni aku nak cuba jadi an active blogger yang rajin,


- blogwalking ke blog-blog blogger lain dan seterusnya follow blog mereka ni, InsyaAllah. 



- leave comment at their blogs because Im just a silent reader before.

- join mana-mana
giveaways serta segmen-segmen yang dianjurkan oleh para bloggers yang sangat baik dan murah hati ni, moga murah rezeki selalu ya, amin.



4. Bestfriend or just a FRIEND?

Seriously I have a bestfriend yang aku dah kenal dari kecil lagi but now aku rasa macam ditinggalkan di belakang hahaha sejak dia dah sambung belajar. Balik pun jarang jumpa, dulu every week aku akan pergi rumah dia or dia akan datang rumah aku  dan bila dah berjauhan ni kami dah jarang contact each other. Tapi it’s okay, aku masih lagi berprasangka baik sebab mana tahu dia busy dengan studies dia but kadang-kadang aku tak boleh  weh, dia selalu update gambar pergi sana sini dengan kawan-kawan or for sure I think her bestfriends dekat sana. Aku bukan cemburu atau apa but terasa sikit laa macam diri aku ni telah dilupakan sebab kami dah lama berkawan, dah belasan tahun. Mungkin ini ujian persahabatan dari Allah dan aku harap persahabatan kami kekal selamanya amin. This is just my feelings....



5. Rindu zaman belajar di politeknik.

Sesungguhnya aku memang rindu zaman aku belajar di politeknik dulu, rindu kawan-kawan tu taklaa sangat Cuma rindukan persekitaran belajar kat sana. Aku paling suka time beli makanan di kafe, dulu first time beli takdapat nak agak kalau ambik lauk banyak ni, berapa harganya tapi lama-lama tu aku dah tau agak harganya. Lepas tu dulu malam-malam kalau study tiba-tiba rasa mengantuk, ajak roommate teman turun pergi beli air tin dekat mesin gedegang dekat tingkat bawah –of course Nescafe! dan dalam pukul 12 keatas aku akan basuh baju guna mesin basuh sebab time tu memang takdak orang guna. Best weh zaman tu, InsyaAllah ada rezeki aku nak sambung belajar :)




6. Fanwars? Ah, I hate that one.

Aku tak suka betul bila ada fanwars ni dan sekarang semakin menjadi-jadi sebab dulu tak macam ni, cuma biasa-biasa saja walaupun ada fanwars. Sesetengah peminat sekarang ni dah pandai claim yang idol mereka ni lebih itu lebih ini dan sikit-sikit king queen bagai. Weh rimas laa tengok semua ni, and yang jenis nak bergaduh ni memang tak matang langsung aku katakan. Tak boleh ka hampa peminat-peminat setia ni minat idol hampa dengan tenang? Susah ka? Nak bersaing tu boleh, bersaing laa secara sihat, adil dan baik. Ni tidak, nak ugut bunuh bagai dekat idol tu –kesian depa weh, manusia jugak depa tu ada hati dan perasaan. Boleh menangis, boleh takut, boleh stress. I’m sorry guys, I’m so angry and disappointed with some of kpop fans these days! They’re so rude and unmatured and scary, sometimes.


7. KPOP -I'm starting to like Lee Geon and Daewon from Madtown.

Unfortunately, Madtown had disbanded and that's what I saw and read at kpop site -Allkpop. Tak tau laa betul atau tak tapi itulah yang terjadi. Depa dua ni ada join ada join satu reality show, The Unit dan dari situ aku semakin minat kat depa dua ni. Aku memang kenal depa ni sebelum ni sebab aku ada tau jugak pasal Madtown ni. Tapi itulaaa tak berapa nak ‘beri perhatian’ sangat sebab time tu banyak artis kpop yang debut dan mungkin lebih menyerlah but trust me they are talented –Lee Geon with vocal while Daewon with dance and both of them are kind.



8. Lee Hi perform Breathe at Golden Disk Award.


Ah yang ni, keluar jugak air mata aku sambil tengok special stage yang depa buat untuk Jonghyun -Lee Hi perform lagu Breathe ciptaan Jonghyun. Sedih weh, Lee Hi pun sampai stop menyanyi sebab sebak sangat teringatkan Jonghyun. Kalau hampa nak tengok, tekan saja link kat bawah ni.


Lee Hi - Breathe
A special stage for Jonghyun.




Ok, sampai sini saja aku menaip. Panjang pulak luahan ni, harap tak jemu baca haha.
See you next time!

7 comments:

  1. HAAAAAAA !!! MADTOWN dah disbanded ?! TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, itu yang kita baca kat allkpop hari tu. Tak pasti betul ke tak, you know allkpop kan -tak boleh percaya sangat.

      Delete
  2. ada tengok lee hi perform lagu breathe tuuu. sedih tengok. nampak sangat dia tahan nangis tapi tetap jugak nyanyi. a true performer T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, a true performer. Walaupun sedih tetap perform.

      Delete
  3. Okay I cried while watching Lee Hi singing too.. But good thing she gathered her strength and finished the song..

    ReplyDelete
  4. Anyways, paling tak faham fans kpop sekarang.. My friends and I admire almost each kpoppers dulu2 and now sibuk nak stan2.. Just why nak pilih2? -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, Lee Hi the best haha. Betul tambah lagi dgn peminat sekarang yang semakin biadap dan suka ugut-ugut idols.

      Delete