Mark - Chapter 1 - SVIORS

Saturday, February 4, 2017

Mark - Chapter 1






Kelihatan Mark sedang berjalan seorang diri memasuki sekolahnya dengan menyandang beg galasnya yang agak lusuh dan juga sedang memeluk beberapa buah buku miliknya sambil kepalanya hanya memandang kebawah.

Beberapa orang pelajar lain saling berbisik tatkala mereka melihat dirinya namun Mark hanya mengendahkan mereka itu dan meneruskan perjalanan ke kelasnya.

“Eh, tengok dia tu. Dah laa ‘nerd’ lepas tu takdak kawan pulak tu.”

Sebaik saja Mark sampai di kelasnya, dia kemudian menuju ke tempat duduknya dan serta-merta mengeluarkan sehelai sapu tangan berwarna coklat dan terus membersih mejanya yang dipenuhi dengan kotoran-kotoran makanan bersos.

Mark adalah seorang pelajar yang sangat pandai di dalam kelasnya juga di sekolahnya tetapi tidak ramai menyukai dirinya kerana penampilan dirinya yang selekeh malah dia sering diejek serta dibuli oleh pelajar-pelajar lain dan mereka menggelarnya Nerd.

Tapi

Mark hanya mengendahkan semua itu.


“Baiklah semua pelajar diminta diam. Saya ingin perkenalkan pelajar baru kepada kamu semua.”Puan Lisa tiba-tiba muncul dan memasuki kelas tersebut, kemudian memberhentikan langkahnya di hadapan papan putih.

“Perkenalkan diri kamu.”

“Selamat pagi semua. Nama saya Johnny, selamat berkenalan.”Johnny, pelajar baru itu memperkenalkan dirinya.

Kelihatan segelintir pelajar di dalam kelas tersebut berbisik sesama sendiri sambil melihat Johnny.

“Kacaknya dia tu, tinggi pulak tu.”

Tetapi tidak bagi Mark, dia sedang sibuk menyalin kembali nota yang ditulisnya kelmarin.

“Ok Johnny, kamu boleh duduk di sebelah Mark.”

Sebaik saja mendengar ayat tersebut, semua pelajar memusingkan badan mereka memandang Mark sambil berbisik.

“Baiklah cikgu, terima kasih.”

Mark yang masih leka menyalin kembali notanya itu tidak menyedari akan kehadiran Johnny yang kini sedang duduk di sebelahnya.

“Johnny.”

Johnny tiba-tiba menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Mark. Walaupun terkejut tiba-tiba disapa Johnny, Mark tetap menyambut huluran tangan Johnny.

“Mark.”



Kini waktu pembelajaran di sekolah tersebut telah tamat dan seperti biasa kelihatan Mark berjalan seorang diri untuk pulang ke rumahnya. Ketika dia sedang berjalan seorang diri, tiba-tiba Mark ditolak dari belakang.

“Jalan tak tengok depan macam ni laa jadinya.”Joshua, kapten bola sepak di sekolah tersebut bersuara.

Pada masa yang sama, Mark hanya mampu menahan perasaan marahnya apabila beg galasnya dipijak dan disepak oleh Joshua bersama dengan gengnya.

“Boo, nerd. Pergi mampus laa kau.”Joshua menyambung dan ketawa kemudian meninggalkan Mark keseorangan.

Sebaik saja Mark tiba di rumahnya, dia menghempaskan dirinya di atas kemudian dia bersuara, “Saya dah balik.”


Tiba-tiba disapa oleh seseorang yang sangat dikenalinya.



“Selamat petang, Tuan Muda.”







_____________________________________________________


Author's Note ;
Hi, aku tulis cerita baru lagi hahaha. Selamat membaca dan komen-komen daripada hampa sangatlah dihargai serta membantu untuk aku meneruskan penulisan aku nih. Semua karakter dalam cerita ni hanyalah rekaan semata-mata dan jika ada sebarang persamaan dengan mana-mana cerita lain, itu hanyalah kebetulan.


3 comments:

  1. Rii punya cerita semua buat saya tertunggu-tunggu laa. Sambung lah lagi =D
    And Johnny uft....

    ReplyDelete